Events Calendar

Download as iCal file
Fakulti Kejuruteraan-Majlis Graduasi CMT ASTEEL
Thursday 10 October 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1975
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Asteel_1.jpg

Kota Samarahan, 8 Oktober 2019 – Seramai 20 orang graduan telah menerima sijil pada majlis graduasi Certificate of Manufacturing Technology, CMT di Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS hari ini. Mereka adalah graduan sulung dari program ini yang merupakan sebuah program kemahiran yang dilaksanakan daripada memorandum persefahaman antara UNIMAS, ACME Integrated Services Sdn Bhd dan ASTEEL Sdn Bhd.

Program CMT ini adalah inisiatif syarikat dalam usaha memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan kepada para pekerja bagi meningkatkan kompetensi mereka di dalam kerjaya. Program ini telah dijalankan bermula April tahun ini yang melibatkan beberapa siri modul seperti Work Ethics in ASTEEL, Basic Computer, Metal Sheet Forming, Introduction to 5S & Safety Practice, Basic Electrical and Measurements dan projek berkumpulan. Tenaga pengajar bagi program ini adalah daripada para pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.

Pada majlis graduasi hari ini, Yang Berbahagia Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi telah menyampaikan sijil tersebut kepada 20 orang para penerima dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASTEEL Sdn Bhd, Encik Victor Hii Liu Thian dan Pengarah ACME Integrated Services Sdn Bhd, Datuk John Lau.

ASTEEL Sdn Bhd adalah syarikat tempatan di Sarawak yang merupakan pembekal produk bumbung besi dan bahan binaan lain.

 

Asteel 2

Asteel 3

Asteel 4

 
Attachment(s):
 
 
Demo