Events Calendar

Download as iCal file
KELAB KAYAK UNIMAS SERTAI ACARA KAYAK & RAKIT SEMPENA SAFARI RAKIT PADAWAN 2019
Monday 07 October 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1748
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

IMG 20191007 WA0005

 

Daerah Padawan, 6 Oktober - Kelab Kayak UNIMAS (pelajar) telah menyertai acara kayak & rakit sempena Safari Rakit Padawan 2019 yang telah berlangsung pada 6 Oktober 2019 (Ahad) bertempat di Daerah Padawan. Ia merupakan acara tahunan anjuran Majlis Perbandaran Padawan. Kelab Kayak UNIMAS telah menyertai acara ini semenjak tahun 2007.

Kelab Kayak UNIMAS telah menghantar 5 pasukan kayak untuk Kategori Kayak 40km bermula dari Kpg Annah Rais & tamat di Kpg Git. Manakala acara rakit pula Kelab Kayak UNIMAS telah menghantar satu (1) pasukan wanita bagi Kategori Rakit Wanita Terbuka 20km bermula dari Kpg Danu ke Kpg Git..

Berikut adalah keputusan Rasmi Safari Rakit Padawan 2019 :

KATEGORI KAYAK 40km (Kpg Annah Rais ke Kpg Git):

1. Giri anak Jamar (FK) & Hardy bin Suntol (Pusat Sukan ) - Johan (RM500 + pingat)
2. Clinton Ngawal Stephen (FSSK) & Patrick Ann Bilong (FSSK) - Naib Johan (RM300 + pingat)
3. Alexander Kulek Paul (FK) & Theodore Bede (FK) - Tempat Ke-3 (RM200 + pingat)
4. Fatimah Ismail (FSSK) & Ling Long Fong (FK) - Tempat ke-4 (RM100 + pingat)
5. Aderian Adek (FK) & Adriana Leja anak Jenang (FSTS) - Tempat ke-5

KATEGORI RAKIT 20KM (Kpg Danu ke Kpg Git)
1. Evvia Veno (FSSK),Rhidga anak Jampi (FBK), Shirly Ma Li Sin (FSKPM) & Sally Ann Yu Ing (FEP) - Tempat Ke-3 (RM500 + Piala Iringan + pingat)

Syabas & tahniah diucapkan kepada Kelab Kayak UNIMAS khususnya peserta yang telah menyertai Safari Rakit Padawan 2019

 
Attachment(s):
 
 
Demo