Events Calendar

Download as iCal file
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan FEP
Friday 17 May 2019, 08:00am
Hits : 1473
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Mesyuarat JKKP FEP
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) @ 16 Mei 2019.  Mesyuarat dipengerusi oleh Dekan FEP dan dihadiri oleh semua wakil-wakil pekerja dan majikan serta pihak pengurusan mesyuarat.
Antara isu yang menjadi tumpuan ialah tentang pendingin hawa berpusat yang kurang effisien dan dengan kejadian cuaca yang sangat panas; kombinasi ini menimbulkan keadaan yang tidak kondusif dan menarik perhatian warga FEP dan malah seluruh warga kampus. Pihak Universiti juga peka dan memberi perhatian yang tinggi terhadap keadaan ini.  Pelbagai inisiatif dan langkah yang dapat dilakukan, telah pun dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan.  
Berbanding dengan isu pendingin hawa, Pengerusi menerangkan bahawa insiden ‘terperangkap dalam lif’, boleh mendatangkan ancaman yang lebih serius terhadap staf terutamanya selepas masa pejabat.  Untuk kepentingan keselamatan, penggunaan lif selepas waktu pejabat adalah tidak digalakkan.
 
 
Attachment(s):
 
 
Demo