Events Calendar

Download as iCal file
MAJLIS PENGHARGAAN ATLET UNIMAS 2018
From Wednesday 19 December 2018 -  08:00am
To Monday 31 December 2018 - 05:00pm
Hits : 2004
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_0710 3.jpg

Pada hari Khamis, 13 Disember yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Penghargaan Atlet UNIMAS 2018 di Arena Badminton, Kompleks Sukan UNIMAS. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan untuk pelajar dan staf yang telah mengharumkan nama UNIMAS dalam bidang sukan sama ada di peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan. Seramai kira-kira 150 orang atlet yang terdiri daripada pelajar dan staf telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datu Mohd Fadzil bin Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Seramai 168 atlet di kalangan pelajar menerima sijil penghargaan manakala untuk staf seramai 79 orang.

Selain sijil penghargaan, seramai 7 orang pelajar dan 4 orang staf telah menerima anugerah khas di atas kecemerlangan mereka mengharumkan nama UNIMAS di peringkat kebangsaan. Antara penerima anugerah khas di kalangan pelajar ialah Nur Fithri Yaani Binti Hamdin (FSSK / Boling Padang), Celine Grace Aloysius Embon (FSSK / Karate), Adam Bin Fabian (Pusat Pengajian Pra-U / Karate), Abner Loo Chun Lik (Pusat Pengajian Pra-U / Tenpin Boling), Sally Ann Yap Yu Ing (FK / Kayak), Muhammad Afifi Tahar (FK / Bola Keranjang) dan Lim Yee Qi (FSGK / Menembak)

Bagi penerima anugerah khas di kalangan staf pula ialah Mohamad Afif Zulhusmi Alet (Pusat Sukan BHEPA / Olahraga), Mohamad Hafizin Hj. Mahmood (Pusat Pengajian Pra-U / Olahraga), Mohd Hafizzul Abdul Rajak (Keselamatan / Olahraga) dan Zamaludin Abd Karim (Pejabat Pembangunan / Olahraga)

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet UNIMAS yang telah memberikan yang terbaik untuk membawa dan seterusnya mengharumkan nama UNIMAS pada tahun 2018 ini. Semoga pada tahun-tahun yang mendatang akan menyaksikan lebih banyak kejayaan dikecapi oleh atlet-atlet kita.

Syabas dan Tahniah kepada semua...

 
Attachment(s):
 
 
Demo