Events Calendar

Download as iCal file
PKMA terus menyokong K@Borneo
Thursday 18 October 2018
Hits : 1451
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
kborneo.jpg

kborneo10102018

10 Oktober 2018, Kota Kinabalu: PKMA terus berkolaborasi dan menyokong K@Borneo. K@Borneo atau sinonim merujuk Knowledge di Borneo adalah merupakan satu kolaborasi pintar antara organisasi -organisasi di tiga buah negara iaitu di Malaysia melibatkan Sabah dan Sarawak, Brunei dan  juga Kalimantan, Indonesia seawal 2001 lagi atas inisiatif Pustaka Negeri Sarawak. Pada 10 Oktober 2018 yang lalu selepas tamat tempoh Yayasan Sabah mejadi urus setia selama dua penggal dan Ketua Pustakawan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, En Zainudin Saridi yang juga merupakan Pengerusi Pro Tem K@Borneo bermula 2015. Kini tibalah giliran menyerahkan kembali kepada Pustaka Negeri Sarawak untuk menjadi urusetia bagi tahun 2018-2020. Satu majlis penyerahan dokumen telah dilakukan di Kompleks Menara Tun Mustapa, Kota Kinabalu Sabah pada 10 oktober 2018 di antara Pengerusi Pro Tem K@Borneo En Zainudin Saridi kepada Dr Hajah Rashidah Bolhasan, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak disaksikan oleh Pengarah Yayasan Sabah Dato Haji Jamalul Kiram Bin Datuk Haji Mohd. Zakaria. Mesyuarat kali pertama K@Borneo 2018 juga telah berlangsung pada hari yang sama dipengerusikan oleh Pn. Arpah Adenan yang merupakan pengerusi K@Borneo yang baharu. PKMA merupakan antara organisasi yang turut hadir menyatakan sokongan dan komitmen yang sepenuhnya untuk terus menyertai kerjasama ini. Antara yang turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah perancangan aktiviti, program dan strategi perkongsian pintar dari segi sumber ilmu, latihan, dan teknologi yang akan diadakan menjelang 2019 sehingga 2020. PKMA juga berharap dengan kerjasama ini akan dapat meningkatkan lagi keterlihatan PKMA dan UNIMAS umumnya.

 
Attachment(s):
 
 
Demo