Events Calendar

Download as iCal file
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIMAS BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN VIP UNIMAS SERTAI KEJOHANAN GOLF ANTARA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA KALI KE-46 DI PALM RESORT GOLF & COUNTRY CLUB, SENAI , JOHOR
Wednesday 01 August 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1986
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Golf (1).jpg

25 & 26 Julai 2018 (Senai, Johor):

Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS , YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie telah mengetuai Pasukan Golf UNIMAS ke Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia Kali Ke-46 pada 25-26 Julai 2018 bertempat di Palm Resort Golf & Country Club dan IOI Golf Resort, Senai Johor. Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi bersama Ahli Lembaga Pengarah UNIMAS yang lain turut serta dalam kejohanan ini . Majlis Makan Malam Dan Penyampaian Hadiah kejohanan kali ini amat bermakna dengan hadirnya YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS , YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie turut mengabadikan gambar kenangan bersama Tunku Panglima Johor beserta sekretariat yang telah menjayakan kejohanan kali ini. Semoga dengan adanya kejohanan seperti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan pengurusan tertinggi seluruh universiti awam di Malaysia.

 
Attachment(s):
 
 
Demo