Events Calendar

Download as iCal file
Clinton Dan Sally Ann Dinobat Sebagai Atlet Lelaki Dan Wanita Terbaik Majlis Anugerah Sukan MASUM 2017
From Tuesday 31 July 2018 -  08:00am
To Wednesday 15 August 2018 - 05:00pm
Hits : 2204
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IMG-20180729-WA0086.jpg

29 Julai 2018 (Universiti Malaya) : Dua orang atlet kayak UNIMAS iaitu Saudara Clinton Ngawal Stephen (51552) Fakulti Sains Sosial dan Saudari Sally Ann Yap Yu Ing (15020863) Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan telah dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Lelaki dan Wanita Universiti pada Majlis Anugerah Sukan MASUM 2017 yang diadakan di Dewan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada 29 Julai 2018. Saudara Clinton telah menun jukkan prestasi cemerlang dengan mendapat pingat EMas acara kayak Men K1 500m di Kejohanan Sukan MASUM Rowing-Kayak 2017. Manakala Saudari Sally Ann pula telah mendapat pingat Perak kayak Women K1 500m di kejohanan yang sama.

Majlis Anugerah Sukan MASUM 2017 juga turut memberikan beberapa anugerah sebagai pengiktirafan di atas sumbangan dan kecemerlangan dalam sukan. Anugerah lain adalah Anugerah Olahragawan & Olahrgawati, Anugerah Bintang Harap Lelaki & Wanita, Anugerah Pasukan Terbaik, Anugerah Pengurus Terbaik, Anugerah Jurulatih Terbaik, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Sekalung Budi . Anugerah Rakan MASUM dan Anugerah Khas MASUM. Encik Zambari Hj Baijuri, Timbalan Pengarah Pusat Sukan UNIMAS turut menerima Anugerah Sekalung Budi sebagai Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Teknikal Dan Pertandingan.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anguerah. Semoga kejayaan demi kejayaan akan dapat dicapai dalam apa jua bidang yang diceburi.

 
Attachment(s):
 
 
Demo