Events Calendar

Download as iCal file
Program Latihan Industri Pelatih Diploma Teknologi Makmal Perubatan Di Makmal Histopatologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Friday 20 April 2018
Hits : 5242
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
LIcover.jpg

Jabatan Patologi telah menerima pelajar-pelajar daripada Kolej ITA, Sibu untuk menjalankan penempatan Latihan Industri – Workshop on Histological Techniques (Tissue Processing) di Makmal Histopatologi yang berlangsung selama 5 hari untuk satu sesi latihan.

Kumpulan yang pertama terdiri daripada 8 orang pelajar telah menjalani penempatan mereka dengan jayanya pada 2 hingga 6 April 2018. Seterusnya, kumpulan pelajar yang kedua terdiri daripada 5 orang pelajar turut menjalankan penempatan latihan industri mereka pada 9 hingga 13 April 2018. Penempatan pelajar kolej ini turut disertai oleh seorang pensyarah pengiring.

Objektif penempatan latihan industri ini adalah untuk memberi pendedahan tentang pemprosesan spesimen tisu manusia mengikut piawaian prosedur yang betul bagi menghasilkan slaid yang berkualiti, seterusnya membantu pakar patologi memberikan diagnosis yang tepat. Para pelajar diperkenalkan dengan beberapa peralatan makmal dan cara peralatan tersebut beroperasi.

Selain itu, para pelajar juga mendapat peluang untuk mencuba sendiri (hands-on) setiap teknik yang perlu dikuasai dalam memproses dan menghasilkan slaid bagi tujuan diagnostik. Program ini amat berguna dan penting kepada para pelajar dalam mendapat pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya tentang pengendalian dan pemprosesan spesimen tisu manusia.

Untuk makluman, program ini diadakan secara berterusan sepanjang tahun. Penyertaan ini adalah terbuka dan dialu-alukan kepada pelajar kolej, institusi pengajian tinggi dan pelajar pascasiswazah yang berkeperluan untuk mengaplikasikan kemahiran pengendalian dan pemprosesan spesimen tisu dalam penyelidikan. Yuran penyertaan yang ditawarkan adalah dengan kadar yang berpatutan dan program dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan yang berpengalaman di Makmal Histopatologi UNIMAS.

 

Laporan disediakan oleh Puan Herlina anak Patrick Kukut.

 
Attachment(s):
 
 
Demo