Events Calendar

Download as iCal file
Program Explore Bidayuh Sadong Culture
Friday 15 December 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2028
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Bidayuh_culture.jpg

Pihak Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE) Unimas sesi 2017/2018 telah menganjurkan satu aktiviti sukarelawan yang bertempat di Kampung Bunan Gega, Mongkos, Serian selama 3 hari 2 malam iaitu pada 1 sehingga 3 Disember 2017 yang lalu. Seramai 76 pelajar dari Unimas termasuk Ahli Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE) dan seorang pensyarah pengiring iaitu Dr Nazeri Abdul Rahman merangkap Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Kejuruteraan telah melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan tersebut. Program yang bertemakan “volunteering and explore” ini telah disertai oleh pelajar – pelajar dari tahun satu hingga empat dari beberapa Fakulti di UNIMAS. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bersama dengan para peserta dan juga penduduk – penduduk di Kampung Bunan Gega. Kesemua aktiviti seperti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Melalui aktiviti sukarelawan seperti ini, para mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS mampu memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan mereka dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan dengan orang luar iaitu dengan para penduduk di Kampung Bunan Gega. Dengan ini juga mereka akan mampu menanam sikap hormat dan sayang kepada golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan usia. Secara keseluruhan, objektif program ini telah berjaya dicapai.

 
Attachment(s):
 
 
Demo