Events Calendar

Download as iCal file
Program Outreach MRSM di Sekolah Kebangsaan Kampung Jangkar, Lundu Sarawak
Wednesday 06 December 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 4667
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Msrm1.jpg

Pihak MRSM Kuching mengadakan Program Outreach di sekolah sekolah Sarawak. Program ini dijalankan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah terutamanya di kawasan luar bandar masuk ke MRSM. Manakala, Kampung Jangkar pula terletak bersebelahan sempadan Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia. Kebanyakn penduduk di sini bekerja sebagai petani. Perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam dari Unimas ke Kampung Jangkar.

Pada 24 November 2017 Program Outreach telah dijalankan di SK Kampung Jangkar, Lundu Sarawak. Pihak MRSM Kuching diwakili oleh Encik Norazizan Ahmad, Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Ko-kurikulum) dan Encik Shahbudin bin Beddu, Kaunselor. Manakala Unimas pula diwakili oleh Tn. Haji Rasli bin Muslimen dan Pn. Ana Sakura Zainal Abidin dari Fakulti Kejuruteraan. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi pengenalan ke pada MRSM Kuching, di susuli dengan sesi soal jawab. Program ini dihadiri oleh pelajar tahun enam (lepasan UPSR) seramai 12 orang dan ibu bapa pelajar. Majoriti ibu bapa adalah petani yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan bawah B40). Melalui program ini ibu bapa dan pelajar diterangkan tentang kemudahan dan kelebihan belajar di MRSM. Pada masa yang sama program ini turut memberi motivasi kepada para pelajar untuk bercita-cita besar dan yakin diri. Seterusnya adalah slot mengisi borang kemasukan ke MRSM. Para pelajar dan ibu bapa dibantu oleh fasilitator dan cikgu-cikgu untuk mengisi borang. Akhir sekali sesi temubual dengan guru kaunseling MRSM Kuching telah diadakan bagi menentukan pelajar yang benar benar layak masuk ke MRSM.


Program ini tamat pada jam 12.00 tengah hari. Secara keseluruhannya program ini telah berjaya mencapai objektif di mana beberapa pelajar yang berpotensi telah dikenal pasti dan bakal ditwarakan tempat di MRSM Kuching. Program ini juga mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak SK Kampung Jangkar dan PIBG. Semoga program Outreach ini menjadi titik permulaan yang dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai anak anak Kampung Jangkar untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh bagi mengubah masa depan keluarga masing masing.

Msrm2  Msrm3

by: Dr. Ana Sakura Zainal Abidin
 
Attachment(s):
 
 
Demo