Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Penyelidikan Akuakultur Ketam Nipah ‘Srylla Serrata’ di Kampung Salak
Saturday 21 October 2017, 09:00am - 12:00pm
Hits : 3404
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Gambar bersama penternak ketam nipah yang menggunakan rumah ketam yang direka oleh penyelidik UNIMAS

Kampung Salak: Pada 21 Oktober 2017 Pihak Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak telah menjalankan lawatan penyelidikan akuakultur di komuniti Kampung Salak. Lawatan penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau dan memantau projek rumah ketam UNIMAS. Setakat ini, rekabentuk rumah penggemukan ‘Srylla Serrata’ telah berjaya membiakkan benih ketam Gred C (RM10-RM15/kg) ke Gred B (RM35-RM45/kg) dengan menggunakan rekabentuk rumah ketam yang direka oleh penyelidik UNIMAS melalui bahagian Keterlibatan Industri dan Transformasi Komuniti (UNIMAS ENGAGE) ataupun UCTC UNIMAS.

Bahagian Keterlibatan Industri dan Transformasi Komuniti (UNIMAS ENGAGE) ataupun UCTC UNIMAS  menggunakan sumber intelektual dan kemudahan di universiti untuk menggalakkan pembangunan keusahawanan dan kebajikan komuniti. Projek ini juga telah mendapat Dana NBOS (National Blue Ocean Strategy) Kementerian Pengajian Tinggi yang menekankan kepada prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan dalam program-program pembangunan negara.

Cadangan lanjutan penyelidikan ini juga dikenali sebagai projek ‘Rumah Ketam UNIMAS’ atau ‘RKU’. Ketam Bakau atau nama saintifik ‘Srylla Serrata’ amat berpotensi untuk dimajukan di dalam industri akuakultur bagi penjana sumber ekonomi penduduk miskin terutamanya penduduk di pesisir sungai yang berbakau atau bernipah.

Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi telah mengumumkan bahawa kertas cadangan penyelidikan ketam yang bertajuk “Improvisasi Rekabentuk Rumah Penggemukan Scrylla Serrata untuk Peningkatan Sosio Ekonomi Nelayan Pulau Salak, Sarawak” telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pemegang Amanah Kursi Nusantara bagi tujuan penyelidikan lanjutan, setelah membuahkan hasil yang positif dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada penduduk kampung.

Sehubungan dengan itu pada hari yang sama diadakan upacara penyerahan buku laporan indeks komuniti kampung Salak oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi kepada Penghulu Haji Wahid. Pihak IPB UNIMAS telah menjadikan Kampung Salak sebagai komuniti rintis bagi kajian komuniti Borneo bagi menghasilkan sebuah instrumen untuk mengukur indeks komuniti. Instrumen ini adalah merupakan instrumen yang pertama dicipta untuk mengukur prestasi kampung-kampung di negeri Sarawak. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat utama berkenaan komuniti setempat yang meliputi sosio-ekonomi, infrastruktur, keagamaan dan sebagainya. Kajian ini juga dilakukan sealiran dengan bidang tujahan UNIMAS.

Dengan adanya penyelidikan-penyelidikan dan cadangan intervensi-intervensi yang baru nanti ia bertujuan untuk membantu pembangunan masyarakat di luar bandar dari segi pendidikan, kesejahteraan dan keperluan kemudahan infrastruktur khususnya komuniti Kampung Salak agar menjadi sebuah komuniti yang lestari.

 
Attachment(s):
 
 
Demo