Events Calendar

Download as iCal file
Bengkel Towards Blended Learning : Crash Course for Faculty of Engineering
Friday 03 March 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1365
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
BengkelBlendedLearning.jpg

Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan berkenaan blended learning kepada staf-staf akademik (terutama pensyarah-pensyarah baru) di Fakulti Kejuruteraan. Seramai 20 orang pensyarah telah menghadiri bengkel tersebut (senarai nama pensyarah yang hadir dilampirkan). Bengkel yang berlangsung selama 3 jam ini telah dikelolakan oleh Cik Sharifah Norizan binti Wan Zain, Pegawai Teknologi Maklumat Pusat Pembelajaran Gunaan & Multimedia (CALM) Unimas. Di dalam bengkel tersebut, peserta diberi pengetahuan tentang konsep blended learning serta cara-cara sesuatu kursus tersebut boleh mencapai mod blended learning. Peserta juga diajar secara hands-on kaedah-kaedah untuk menjalankan aktiviti serta penilaian secara online menggunakan Morpheus. Bengkel seumpama ini perlu diadakan secara berterusan bagi meningkatkan pengetahuan para pensyarah terutama pensyarah baru berkenaan blended learning. Adalah diharapkan bengkel ini mampu membantu para pensyarah untuk mencapai mod blended learning untuk kursus-kursus mereka sekaligus meningkatkan peratusan pencapaian kursus dalam mod blended learning di Fakulti Kejuruteraan serta Unimas.

 
Attachment(s):
 
 
Demo