Events Calendar

Download as iCal file
Dua sahabat kongsi pengalaman sambut Hari Gawai dan Pesta Kamaatan jauh dari keluarga
Tuesday 15 June 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1138
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-06-15 at 13.06.22.jpeg

  8 Jun 2021 : Dua sahabat berkongsi pengalaman pertama mereka berjauhan dari keluarga semasa Hari Gawai dan Pesta Kamaatan, tahun ini.

Aron Bruner Marakin dari Kota Belud, Sabah dan Steward Panggai dari Limbang, Sarawak, masing-masing berusia 22 tahun, antara pelajar yang masih kekal berada di dalam kampus UNIMAS.

Aron, pelajar dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS menjelaskan beliau sedih kerana berjauhan dengan keluarga lebih-lebih lagi apabila mengenangkan juadah kegemarannya, ‘hinava’ atau umai ikan yang selalu dimasakkan oleh ibunya semasa Pesta Kamaatan.

“ Setiap kali Pesta Kamaatan juga saya akan akan menyertai persembahan tarian anjuran Kadazandusun Cultural Asscociation (KDCA). Meskipun tidak dapat berbuat demikian, saya percaya saranan untuk kekal di dalam kampus dan tidak kembali ke kampung halaman adalah tindakan wajar lebih-lebih lagi dengan keadaan risiko jangkitan Covid19 sekarang ini,” katanya.

Steward Panggai, pelajar dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif pula menjelaskan hampir setiap hari beliau akan menghubungi keluarganya di Limbang, Sarawak menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan kerinduan.

“ Sedih sebab ini kali pertama tidak bersama dengan keluarga semasa gawai.  Selalunya sebelah malam, kita sekeluarga sudah sibuk memasak dan mengemas rumah.

“Namun berbeza pada tahun ini, saya hanya memasak mi goreng dan membeli sedikit makanan luar untuk makan bersama dengan rakan-rakan dalam bilik asrama,” katanya.

Sementara itu, kedua-dua sahabat tersebut merupakan antara pelajar yang mengambil keputusan untuk kembali ke kampus UNIMAS pada bulan September tahun lepas disebabkan masalah talian internet di kampung halaman.

Meskipun begitu, kedua-dua sahabat tersebut berterima-kasih dengan pihak pengurusan UNIMAS kerana menyediakan kemudahan yang baik kepada pelajar yang masih kekal dalam kampus.

Menurut mereka, pengurusan UNIMAS telah melakukan tugas dengan baik bagi memastikan keselamatan pelajar termasuk menyediakan kemudahan kafe, klinik dan perkhidmatan internet yang pantas untuk memudahkan pengajian dalam talian.

 
Attachment(s):
 
 
Demo