Events Calendar

Download as iCal file
MASNITA turun padang serah sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf
Thursday 21 May 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 308
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-05-20 at 21.37.41 (1).jpeg
Kuching, 16 Mei 2020: Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) turun ke padang baru-baru ini untuk menyerahkan sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf sekitar Kuching bersempena dengan program MASNITA Prihatin 2020.
Penyerahan sumbangan tersebut telah diketuai oleh Yang DiPertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad, Naib Yang DiPertua MASNITA, Puan Korina Ibrahim dan beberapa ahli jawatankuasa MASNITA yang lain.
Penerima-penerima sumbangan Ramadan MASNITA kali ini terdiri dari enam belas golongan asnaf dari Kampung Gita dan seorang masing-masing dari Kampung Semerah Padi, Kampung No. 5 dan kawasan Matang.
Program MASNITA Prihatin merupakan program tahunan MASNITA yang bertujuan untuk membantu meringankan beban para penerima terdiri dari golongan asnaf untuk persediaan menyambut hari raya tidak lama lagi.
MASNITA berharap sumbangan kecil ini dapat mewujudkan rasa ceria dan gembira di kalangan mereka yang memerlukan.
MASNITA turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga UNIMAS dan juga pihak yang telah sudi memberi sumbangan samada dalam bentuk tunai dan juga barang-barang keperluan untuk diserahkan kepada golongan asnaf tahun ini.
#Staysafe, stayathome
#kitajagakita
WhatsApp Image 2020 05 20 at 21.37.41WhatsApp Image 2020 05 20 at 21.37.40WhatsApp Image 2020 05 20 at 21.37.41 2WhatsApp Image 2020 05 20 at 21.37.42
 
 
 
 
Attachment(s):
 
 
Demo