Events Calendar

Download as iCal file
INISIATIF DI BAWAH PELAN TINDAKAN UNIMAS DALAM MENANGANI WABAK COVID-19 SERTA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Friday 03 April 2020
Hits : 3216
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-04-02 at 12.27.39.jpeg

KOTA SAMARAHAN, 2 April 2020: UNIMAS telah merangka satu Pelan Tindakan Khas bagi membantu meringankan beban yang dihadapi staf dan pelajarnya akibat penularan wabak COVID-19 dan juga pelanjutan tempoh PKP. Antara inisiatif di bawah Pelan Tindakan Khas tersebut adalah: 

A.  Pindaan Kalendar Akademik

1.0 Pengajian Prasiswazah

  1. Cuti pertengahan Semester 2 bagi pelajar prasiswazah akan dilanjutkan hingga 8 Jun 2020.
  2. Perkuliahan Semester 2 Sesi 2019/2020 akan diteruskan pada 9 Jun 2020 – 24 Julai 2020. Mod pembelajaran dan pengajaran tertakluk kepada keadaan semasa dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
  3. Minggu peperiksaan akhir akan diadakan pada 27 Julai 2020 hingga 12 Ogos 2020.
  4. Tiada Antarsesi dijalankan bagi sesi akademik 2019/2020.
  5. Cuti semester akan bermula 13 Ogos 2020 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
  6. Pendaftaran pelajar baharu dan semasa bagi Semester 1, Sesi 2020/2021 akan dimaklumkan kemudian   

2.0 Pengajian Siswazah

  1. Cuti pertengahan Semester 2, Sesi 2019/2020 untuk semua program siswazah dilanjutkan sehingga 28 April 2020.
  2. Pengajian bagi pelajar siswazah untuk Semester 2, Sesi 2019/2020 akan bermula semula pada 29 April 2020.
  3. Perkuliahan bagi program kerja kursus akan bermula pada 29 April 2020 sehingga 14 Jun 2020.
  4. Peperiksaan bagi program siswazah secara kerja kursus adalah di antara 15 Jun 2020 sehingga 28 Jun 2020.
  5. Cuti semester 2, sesi 2019/2020 akan bermula dari 29 Jun 2020 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
  6. Pendaftaran pelajar siswazah baharu kerja kursus dan penyelidikan (pelajar tempatan sahaja) dan pelajar siswazah semasa (kerja kursus sahaja) bermula pada 6 Julai 2020 hingga 10 Julai 2020.
  7. Perkuliahan antarsesi bagi program kerja kursus akan bermula dari 6 Julai 2020 sehingga 30 Ogos 2020.
  8. Pendaftaran pelajar siswazah baharu dan semasa bagi Semester 1, Sesi 2020/2021 akan dimaklumkan kemudian.

B.Penangguhan bayaran ansuran pinjaman kenderaan dan komputer selama 6 bulan

Penangguhan bayaran ansuran pinjaman kenderaan dan komputer selama 6 bulan bermula April 2020. Seramai 445 staf berjawatan tetap akan memperoleh manfaat ini. Penangguhan pembayaran ansuran pinjaman ini melibatkan kos sebanyak RM 511,775.40 kepada Universiti.

C.Pembayaran gaji bagi bulan April, Mei dan Jun diawalkan

Pembayaran gaji bagi bulan April, Mei dan Jun diawalkan kepada 16 April 2020, 11 Mei 2020 dan 15 Jun 2020.

D.Pembayaran elaun khas kepada Doktor dan anggota kesihatan UNIMAS

Pembayaran elaun khas kepada Doktor dan anggota kesihatan UNIMAS bagi pegawai yang bertugas melebihi 15 hari dalam tempoh (1) bulan kalendar sebanyak RM600.00 dan RM300.00 kepada pegawai yang bertugas kurang dari 15 hari.

E.Bantuan makanan pelajar

Bantuan makanan pelajar yang menetap di dalam kolej kediaman UNIMAS disumbangkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebanyak RM15.00 sehari dan telah ditampung oleh UNIMAS menjadikan kos bantuan tersebut menjadi RM18.00 sehari seorang bermula 20 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Universiti menanggung kos sebanyak RM6.00 sehari seorang pelajar pada 19 Mac 2020. Kos tambahan yang ditanggung universiti adalah sebanyak RM197,550.00.

Universiti akan meneruskan inisiatif bantuan makanan kepada pelajar yang menetap dalam kolej kediaman seramai 2900 dengan kos sebanyak RM15.00 seorang mulai 1 April 2020 hingga 14 April 2020 sekiranya NADMA tidak meneruskan bantuan sehingga 14 April 2020. Untuk ini, Universiti menggunakan sebanyak RM600,000.00 bagi menampung kos bantuan makanan demi kesejahteraan pelajar.

UNIMAS juga membantu pelajar-pelajar yang duduk di luar kampus dengan memperuntukan barangan makanan kering kepada pelajar pelajar dengan jumlah RM32,500.00.

F. Pemindahan Pelajar di Integrated Learning Facility (ILF) Sibu ke Kampus Samarahan 

Pelajar yang menetap di ILF Sibu seramai 22 dan Kolej Kasturi, Kampus Bandaraya seramai 115 orang turut dipindahkan ke Kampus Samarahan untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mereka turut terjaga.

G.Memberi penempatan sementara kepada pelajar luar kampus untuk menetap dalam Kolej Kediaman UNIMAS

Pelajar yang menetap atau menyewa di luar kampus (Non-Resident) dibenarkan untuk memohon masuk untuk menetap dalam kolej kediaman UNIMAS iaitu di Kolej Rafflesia sepanjang tempoh PKP. Ini termasuklah pelajar antarabangsa UNIMAS.

YBhg Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim berkata, “dengan adanya inisiatif ini, universiti berharap dapat meringankan beban staf dan pelajar yang terkesan daripada penularan wabak COVID-19”.

WhatsApp Image 2020 04 02 at 12.27.39

#StaySafe
#StayHealthy
#StayAtHome

#FIGHTCOVID19

TEGUH BERSAMA

UNIMAS Global

 
Attachment(s):
 
 
Demo