Events Calendar

Download as iCal file
Soalan Lazim (FAQ) Pensyarah -Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sepanjang Arahan Kawalan Pergerakan
Tuesday 24 March 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 135
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Soalan Lazim (FAQ)
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Sepanjang Arahan Kawalan Pergerakan

1. Bagaimana penyediaan video pengajaran jika team-teaching? Bolehkah satu video perkongsian dibuat untuk semua kumpulan kelas, atau pensyarah masing-masing menyediakan video pengajaran masing-masing? Atau adakah penyelaras kursus yang perlu menyediakan?
Video perkongsian lebih efisien dan digalakkan jika kumpulan team teaching (termasuk Penyelaras Kursus) membuat bersama-sama.

2. Berapa banyak kelas online yang perlu disediakan? Adakah untuk 2 atau 3 minggu sahaja atau sehingga ke penghujung semester?
Keadaan sentiasa berubah dan bilangan minggu yang perlu dilakukan secara online tidak dapat ditentukan buat masa ini. Pensyarah digalakkan untuk bersedia untuk apa-apa kemungkinan.

3. Ada pensyarah yang mengajar 3 kursus, maka agak membebankan untuk membuat tiga kursus video online. Mohon pendapat.
Pengajaran secara online tidak semestinya melibatkan video pengajaran. Pelbagai kaedah online boleh digunakan. Mohon rujuk www.calm.unimas.my/covid19 untuk maklumat tambahan.

4. Bagaimanakah cara untuk mengakses kertas IEEE untuk rujukan dari rumah? Bolehkah UNIMAS memberi akses kepada rujukan tersebut jika di luar UNIMAS?

i. Sila layari www.cais.unimas.my
ii. Pada laman web CAIS, skrol ke bawah dan klik pada ikon “E-RESOURCES”
iii. Klik pada salah satu kategori E-Resources. Cth: Online Databases
iv. Page UNIMAS Identity akan dipaparkan
v. Sila Sign In dengan Single ID anda
vi. Pada paparan seterusnya sila taip judul pangkalan data atas talian ke dalam kotak pencarian (cth. IEEE)
vii. Laman IEEE akan dipaparkan
viii.Sila klik pada imej untuk terus masuk ke pangkalan data tersebut.

5. Bolehkah kelas yang kurang dari 50 orang pelajar dibuat selepas 1 April nanti secara bersemuka, terutamanya kelas siswazah (postgraduate)?
Tidak. Perlu dibuat secara online.

6. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung Arahan Kawalan Pergerakan?
Staf disarankan agar sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa. Maklumat terkini boleh diperolehi dengan melayari saluran telegram MKN Rasmi https://t.me/MKNRasmi

 
Attachment(s):
 
 
Demo