Events Calendar

Download as iCal file
Pertandingan Debat Terbuka Kemanusiaan (DETAK) 2020.
Tuesday 25 February 2020
Hits : 2062
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DETAK_160_20200224_TYCO0522all.jpg

DETAK 147 20200224 TYCO0463johan

UNIMAS, 25 Februari 2020: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) buat julung kalinya telah menganjurkan Pertandingan Debat Terbuka Kemanusiaan (DETAK) 2020. Pertandingan Debat Ala Parlimen British ini telah berlangsung bermula 21 hingga 24 Februari 2020.

Penganjuran ini dilaksanakan oleh Kelab De’Orator UNIMAS yang merupakan salah satu kelab pengucapan awam mahasiswa UNIMAS.

Sebanyak 32 pasukan daripada 18 buah IPT tempatan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Selain itu, pertandingan ini juga telah mendapat kerjasama daripada Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Syarikat Incredible Heart Plt.

4 buah IPT telah berjaya melangkah ke pertandingan akhir pada Malam Pertandingan Akhir dan Majlis Penutupan DETAK 2020 yang diadakan di Arena Gemilang, DeTAR Putra UNIMAS pada 24 Februari 2020. IPT terbabit adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam dan Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Malam pertandingan akhir tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dr Kamarudin bin Kana, pegawai-pegawai UNIMAS, dan pelajar UNIMAS.

Keputusan akhir bagi pertandingan DETAK 2020 adalah seperti berikut: 

1. Pendebat Terbaik Liga: Muhammad Ilham Hafiz bin Azmi (UIAM)
2. Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir: Shafiqah Adibah bt Amirudin (UiTM Shah Alam)
3. Tempat Keempat: UMS
4. Tempat Ketiga: UiTM Shah Alam
5. Naib Johan: UTP
6. Johan: UTM

Melalui penganjuran ini juga, UNIMAS telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 7,000 untuk disumbangkan kepada Misi Bantuan Gandum Buat Syria yang dikelolakan oleh pihak IRM.

DETAK 148 20200224 TYCO0470naib johan

DETAK 139 20200224 TYCO0439ketiga

DETAK 135 20200224 TYCO0424 keempat

DETAK 57 20200224 TYCO0151debater

 

editor: RCA

Foto by: Azlandy

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo