Events Calendar

Download as iCal file
PEMAKLUMAN PENCEGAHAN AWAL DALAM MENGHADAPI PENULARAN WABAK 2019 Novel Coronavirus (2019 nCoV)
Thursday 30 January 2020
Hits : 1729
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

UNIMAS mengambil maklum perkembangan terkini kejadian wabak jangkitan 2019 novel coronavirus (2019 nCoV) berdasarkan pelaporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dengan itu, sebagai langkah pencegahan awal dalam menghadapi penularan tersebut di kampus, beberapa langkah telah diambil seperti berikut:

Arahan Umum:

  1. Menyarankan semua staf dan pelajar UNIMAS untuk menangguhkan perjalanan ke China atas urusan peribadi mahupun rasmi. Senarai negara ini akan dikemaskini mengikut perkembangan semasa.
  1. Mengamalkan aktiviti pencegahan seperti berikut:
  2. Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.
  3. Mengamalkan etika batuk yang baik seperti menutup mulut dan hidung ketika bersin.
  4. Menggunakan penutup mulut dan hidung (face mask) jika mempunyai gejala.
  5. Elak bersentuhan dengan individu yang mempunyai gejala seperti batuk dan hingus.
  6. Elakkan dari memakan produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna.
  1. Merujuk sebarang maklumat melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk informasi terkini berkenaan wabak 2019-nCoV.
  2. Sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan keselamatan dan kesihatan daripada pihak universiti.

Arahan Khas untuk Pelajar dan Staf yang Kembali dari China.

  1. Bagi mereka yang baru kembali dari China, adalah DIWAJIBKANuntuk melapor diri ke Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) untuk tujuan pemantauan kesihatan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi 082-581611 / 581604 atau emel kepada Pengarah PKU, Dr Dessmon Weydon Ak Ajongmelalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
  1. Staf dan pelajar dikehendaki untuk menjalani pengawasan dalam rumah (home surveillance) selama 14 hari dari tarikh ketibaan ke Sarawak. Pemantauan harian turut dilakukan dalam tempoh 14 hari tersebut.

 

Disediakan oleh:

Pusat Kesihatan UNIMAS

30 Januari 2020

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo