Events Calendar

Download as iCal file
Kontinjen UNIMAS raih lima pingat emas dalam kejohanan SAM
Monday 20 January 2020, 10:00am - 05:00pm
Hits : 1041
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
mngasasi4.jpg

mngasasi1mngasasi2

mngasasi3

KOTA SAMARAHAN, 20 Januari 2020 : Kontinjen UNIMAS berjaya merangkul lima pingat emas, lapan perak dan tiga gangsa dalam Kejohanan Sukan Asasi Malaysia (SAM) Ke-3 sekaligus menduduki tangga ketiga secara keseluruhan yang menyaksikan Uitm selaku juara keseluruhan dan diiringi oleh UPM di tangga kedua.

Pingat-pingat kontinjen UNIMAS berkenaan diperolehi menerusi lima dari lapan acara sukan yang dipertandingkan iaitu acara karom, e-sport, badminton futsal wanita dan bola jarring.

Kontinjen UiTM menunjukkan kehebatan selaku juara keseluruhan dengan meraih sebanyak 22 pungutan pingat (9 emas, 5 perak, 8 gangsa) diikuti oleh UPM dengan 17 pungutan pingat (6 emas, 8 perak dan 3 gangsa).

Kejohanan SAM Ke-3 ini telah diadakan selama empat hari bermula 17 hingga 19 Januari lepas dengan perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata bin Rasit manakala penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr Kamaruddin bin Kana.

Kejohanan SAM merupakan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam yang bertujuan mencungkil bakat-bakat kesukanan pelajar-pelajar asasi yang secara umumnya bertumpukan kepada pendidikan sains dan teknologi, dengan harapan untuk menyerlahkan pelajar-pelajar asasi yang bersifat serbaboleh dan holistik.

Antara tujuan lain kejohanan ini adalah untuk menjadi wadah pembentukan jaringan persahabatan di antara warga pusat-pusat asasi seluruh negara.

Tiga belas buah pusat-pusat asasi dan matrikulasi di Malaysia melibatkan 700 atlet telah menyertai kejohanan SAM kali ini antaranya kontinjen dari Pusat Asasi UM, Program ASASIpintar UKM, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, Pusat Asasi UIAM, Pusat Asasi Pengurusan UUM, Pusat Persediaan Sains dan Tekonlogi UMS, Pusat Tahmidi USIM, Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil, Pusat Asasi STEM UMT, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA, Pusat Asasi Pertahanan UPNM, dan Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia

 
Attachment(s):
 
 
Demo