Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Penghargaan Atlet UNIMAS 2019
Friday 06 December 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1085
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Majlis Penghargaan.JPG

Kuching, 5 Disember 2019 : Majlis Penghargaan Atlet UNIMAS 2019 yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UNIMAS telah diadakan pada 5 Disember 2019 (Khamis) bertempat di Balai Merdeka, Merdeka Palace Hotel & Suites,Kuching. Seramai 200 orang atlet UNIMAS telah dirai sebagai penghargaan di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun 2019. Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS (LPU) YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohd Kadim bin Suaidi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr Wan Hashim bin Wan Ibrahim, Pendaftar UNIMAS, Encik Henry Tening Ak Sengeng, Pengarah Pusat Sukan, Profesor Dr Azhaili bin Baharun, dekan-dekan fakulti dan ketua PTj UNIMAS.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohd Kadim bin Suaidi turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada atlet UNIMAS yang telah mengharumkan nama UNIMAS dalam pelbagai sukan yang disertai. Beliau berkata, ' Atlet UNIMAS telah membuktikan bahawa mereka mampu mencapai kejayaan di peringkat kejohanan tempatan, kebangsaan mahupun antarabangsa. Kejayaan pasukan mendayung UNIMAS yang telah menjuarai acara campuran dalam Sarawak International Dragan Boat Race 2019 bukan sahaja telah mengharumkan nama UNIMAS malahan menjadi pasukan dari Sarawak pertama yang telah menjuarai acara tersebut bersaingan dengan pasukan dari Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam. 
Sebanyak 10 penerima khas telah menerima sijil, pingat dan piala daripada Pengerusi LPU UNIMAS di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang mereka. Senarai penerima khas tersebut adalah seperti berikut :
1. Hamdan bin Mohamad (Jurulatih Kayak UNIMAS)
2. Sally Yap Yu Ying (FEP) - Kayak & Mendayung
3. Evvia Veno (FSSK) - Kayak & Mendayung
4. Nazrin bin Wagiman (Pej. Bendahari) -Tenpin Bowling
5. Clinton Ngawal Stephen (FSSK) - Kayak & Mendayung
6. Adam bin Fabian (FK) - Karate
7. Abner Lu Chun Lik (FPSK) - Tenpin Bowling
8. Celin Grace Aloysius (FSSK) - Karate
9. Pasukan Mendayung Campuran (UNIMAS Lanyek)
10. Pasukan Mendayung Lelaki (UNIMAS Lanyek)

Syabas & tahniah diucapkan kepada semua atlet UNIMAS. Semoga kejayaan demi kejayaan akan terus dicapai pada masa yang akan datang .

 
Attachment(s):
 
 
Demo