Events Calendar

Download as iCal file
Pemantapan Aktiviti Kesukarelawanan Melalui Karnival Sukarelawan Mahasiswa 2019
Monday 02 December 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 76
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
mahasiswa1.jpeg

mahasiswa2mahasiswa3

mahasiswa4mahasiswa5

 

Kota Samarahan, 2 Disember 2019: Seramai 150 orang sukarelawan mahasiswa telah menyertai program Karnival Sukarelawan Mahasiswa 2019 anjuran Kelab Sukarelawan Mahasiswa UNIMAS (SMU) dan Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM) selama dua hari bermula 30 November hingga 1 Disember lepas.

Program tersebut yang juga mendapat kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia melibatkan penyertaan pelajar-pelajar UNIMAS, Badan Beruniform Kor Sispa serta wakil-wakil persatuan sukarelawan dari Universiti Awam (UA) di Malaysia.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS merangkap Pengerusi Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM), kelmarin.

Beliau dalam ucapan perasmian berharap agar program seperti ini dapat menanam nilai-nilai murni dikalangan peserta dalam melahirkan pelajar yang holistik serta menerapkan sifat ehsan dalam diri pelajar dalam berdampingan dengan masyarakat sekeliling.

Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan asas kesukarelawanan dan melihat dengan lebih jelas gambaran situasi bencana yang memerlukan khidmat mereka

Latihan Siapsiaga juga diberikan dimana peserta didedahkan dengan simulasi situasi sebenar menghadapi mangsa banjir daripada pihak Jabatana Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).

Selain daripada aktiviti ceramah dan perkongsian, program ini juga telah membawa peserta-peserta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

Aktiviti Melukis Mural di SK Sebandi Ulu telah diadakan bagi menceriakan lagi bangunan sekolah tersebut. Disamping itu beberapa aktiviti juga diadakan bersama dengan penduduk kampung Sebandi Ulu seperti aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak sekolah tersebut dan gotong-royong mengecat semula bangunan Balai Raya Kambung Sebandi Ulu.

 
Attachment(s):
 
 
Demo