Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM KEMBARA ILMU DI KAMPUNG PUSA KHIDMAT UNTUK MASYARAKAT
From Friday 29 November 2019 -  08:00am
To Saturday 30 November 2019 - 05:00pm
Hits : 3779
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Sorotan gambar-gambar aktiviti sepanjang program Kembara Ilmu di Kampung Pusa

PUSA, 29 NOVEMBER 2019 – Program Kembara Ilmu yang diadakan di Pusa telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Pusa, Betong, baru-baru ini. Program yang berorientasikan ‘Sustainability for Diverse and Dispersed Community’ itu telah disertai oleh 68 orang pelajar tahun akhir Program Sains Kognitif, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), UNIMAS, yang mengambil kursus Pengurusan Projek (KMK3163). Program ini adalah kolaborasi antara FSKPM, Institut Pengajian Borneo (IBS) dan Pusat Kelestarian Universiti UNIMAS dan Pejabat Daerah Pusa dibawah inisiatif Service Learning Malaysia, University for Society (SULAM).
Turut terlibat sama dalam program tersebut ialah 68 orang pelajar kursus Pengurusan Projek (KMK3163) dari FSKPM yang diselia oleh Profesor Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce merupakan Pengarah IBS dan juga pensyarah FSKPM merangkap penasihat program dan turut sama membantu dan menjayakan program ialah beberapa orang pensyarah FSKPM iaitu Profesor Madya Dr Zaimuariffudin Shukri Nordin, Encik Mohd Razali dan Encik Mohd Hafizan Hashim.
Tujuan pelaksanaan program ini adalah bagi meningkatkan usaha dan kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan bagi mentransformasi individu serta masyarakat ke arah kejayaan dan kelestarian hidup disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara siswa-siswi UNIMAS dengan masyarakat Pusa. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari teknik perancangan projek, aplikasi konsep dan prinsip pengurusan projek serta mempelajari budaya dan gaya hidup masyarakat di Pusa.
Selari dengan konsep ‘A Community-Driven University’, pihak penganjur telah mengadakan sebuah aktiviti kesedaran bagi mendedahkan kepada masyarakat Pusa tentang pentingnya akademik. Melalui program ini, para pelajar UNIMAS diberikan peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka agar memberi manfaat kepada masyarakat Pusa sekaligus menghasilkan masyarakat yang seimbang dari aspek akademik dan juga etika. Selain itu, sebuah program anak angkat juga telah dilaksanakan dimana sukarelawan daripada beberapa keluarga di Kampung Pusa telah mengambil para pelajar UNIMAS sebagai anak angkat mereka. Program anak angkat ini telah mendedahkan kepada para pelajar dengan cara hidup dan budaya di Kampung Pusa.
Sementara itu, Program Kembara Ilmu yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini dimulakan dengan proses perancangan yang dilakukan di dalam kelas dan pelaksanaan projek mini dalam kumpulan kecil bagi mencapai sasaran dana sebanyak RM5,000.00 untuk membiayai projek besar di Pusa. Terdapat beberapa aktiviti yang telah diadakan bersama penduduk Kampung Pusa seperti program anak angkat, bengkel belajar, ceramah motivasi dan forum kemahiran keibubapaan daripada penceramah jemputan seterusnya aktiviti susulan lain seperti aktiviti zumba bersama penduduk kampung, gotong-royong membersihkan kawasan, melukis mural, sukaneka, ekspo ilmu dan pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Turut hadir dalam program tersebut adalah Encik Iszarul Japar selaku pegawai tadbir Pejabat Daerah Pusa, Tuan Haji Awang Raziee Awang Maszain selaku Pemanca Daerah Pusa dan pemimpin masyarakat setempat, wakil keluarga-keluarga angkat serta penduduk Kampung Pusa.

 
Attachment(s):
 
 
Demo