Events Calendar

Download as iCal file
LAWATAN AKADEMIK DAN KERJA PENYELIDIKAN PELAJAR TAHUN TIGA PROGRAM SENI HALUS (SENI PADUAN), FSGK DI KUALA LUMPUR DAN SINGAPURA
From Monday 11 November 2019 -  08:00am
To Saturday 30 November 2019 - 05:00pm
Hits : 1322
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

19Seramai dua puluh tujuh (27) pelajar Program Seni Halus (Seni Paduan) telah menyertai lawatan akademik dan kerja penyelidikan di Kuala Lumpur dan Singapura di bawah seliaan Kursus GKV3174 Seminar dan Bengkel Pelukis Tamu. Ianya melibatkan aktiviti pelajar di luar kampus bagi merasai sendiri proses perkembangan idea kreatif dan pengalaman menghayati karya seni visual di sekitar muzium, galeri seni, studio artis dan institusi seni tempatan dan antarabangsa. Objektif kursus ini adalah memfokuskan kepada diskusi teori dan estetik oleh pengamatan yang berterusan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan proses kerja studio, hasil karya moden dan kontemporari dari seniman seni visual di Malaysia dan luar negara. Lawatan ini juga menggalakkan jaringan perhubungan dengan pihak industri yang akan meliputi lawatan studio, sesi kritikan karya seni, syarahan sisipan, bengkel demonstrasi proses penghasilan karya, diskusi idea bersama artis jemputan dan yang berkaitan dengannya. Antara tempat lawatan di sekitar Kuala Lumpur adalah di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara, Balai Seni Negara, Galeri Ilham, Hom Art Trans, Rimbun Dahan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) UiTM Shah Alam, Patisatu Studio, Chetak 12 Studio, Amrab Studio dan Groundzero Creative Studio. Lawatan diteruskan ke Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA), Lasalle College of the Arts, National Gallery Singapore, Mint Museum of Toys dan ArtScience Museum Singapore dan di sekitar Singapura.

1

2

3

4

5

7

8

9

12

13

14

15

16

17

18

20

22

21

12

 

Lawatan akademik dan kerja penyelidikan ini telah dijalankan selama lapan (8) hari dan tujuh (7) malam bermula 26 November sehingga 2 November 2019 iaitu sepanjang cuti pertengahan semester. Dapatan akhir bagi lawatan ini akan dikongsi bersama dalam Pameran MyXsporasi “KCH-KUL-SIN” bersempena FACAFEST 2019 yang bakal diadakan di FSGK pada 11 hingga 14 Disember 2019.

Teks: Anissa Abdul Aziz, Foto kredit: Team Media MyXsporasi 2019

 
Attachment(s):
 
 
Demo