Events Calendar

Download as iCal file
Ambil peluang timba ilmu, nasihat buat pelajar baharu UNIMAS
Saturday 07 September 2019, 03:00pm
Hits : 122
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Baharu1.JPG

 

 

baharu2baharu3

baharu4baharu5

baharu7bahru6

 

KOTA SAMARAHAN, 7 September 2019 : Seramai 3,467 orang pelajar Pra Siswazah dan 267 orang pelajar Pasca Siswazah baharu UNIMAS bagi kemasukan Sesi 2019/2020 telah melakukan majlis ikrar pelajar baharu bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS pagi tadi.

Hadir menyaksikan majlis ikrar pelajar tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim mewakili Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai dan kakitangan UNIMAS lain.

Dalam teks ucapan Naib Canselor UNIMAS yang dibacakan oleh Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar baharu UNIMAS dan berharap pelajar baharu dapat menggunakan peluang menimba ilmu di Universiti dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, barisan pelajar baharu ini merupakan golongan yang bertuah kerana menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti-universiti tempatan di negara ini.

“ Ikrar yang dilafazkan merupakan janji taat setia anda untuk terus berusaha sedaya upaya bagi mencapai kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan serta sentiasa meningkatkan budi pekerti dan menyemai sahsiah yang mulia.

“ Peganglah harapan dan impian ibu bapa anda untuk melihat anda berjaya dan memiliki segulung ijazah yang sudah pastinya mampu menerangi kehidupan dalam mengharungi zaman yang penuh cabaran kelak,” sambung beliau lagi.

Selain itu, UNIMAS juga telah menyediakan kemudahan tempat tinggal yang berbentuk apartment kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) serta kemudahan yang mesra OKU di fakulti dan bangunan di Universiti ini untuk golongan istimewa berkenaan.

“ Dengan penambahan kemasukan sembilan (9) lagi pelajar OKU dalam semester ini, membuktikan kesediaan dan keterbukaan kakitangan UNIMAS untuk menerima pelajar golongan istimewa ini sebagai sebahagian daripada belia yang akan berupaya mendokong cita-cita negara nanti,” kata Naib Canselor.

Beliau berkata, UNIMAS juga telah memperuntukkan sebanyak RM3,090,112.00 daripada Tabung Endowmen UNIMAS untuk membantu seramai 1,876 pelajar B40 dalam tempoh September 2018 sehingga Jun 2019 tahun ini.

Usaha tersebut, jelas beliau menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab sosial UNIMAS kepada negeri dan negara amnya.

Beliau berkata, UNIMAS telah menerima sebanyak 57 permohonan daripada pelajar yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran dan universiti menerima serendah RM10 untuk yuran kemasukan bagi memastikan tiada yang tercicir dalam kemasukan kali ini.

Sementara itu, MIP adalah kemuncak kepada Minggu Aluan Pelajar (MAP) yang diadakan selama satu minggu selepas pelajar baharu mendaftarkan diri di Universiti ini pada 3 hingga 4 September lepas.

MIP adalah program lafaz ikrar pelajar dan sebagai tanda pelajar baharu akan mematuhi segala Akta, Perlembagaan, Statut dan peraturan Universiti serta iltizam untuk memanfaatkan peluang dan menjaga nama baik universiti ini.

 
Attachment(s):
 
 
Demo