Events Calendar

Download as iCal file
INTERVARSITY NURSING GAMES 2019
Wednesday 21 August 2019
Hits : 1613
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

 

INTERVARSITY NURSING GAMES 2019

 

Seramai 21 orang atlet yang terdiri daripada para pelajar Program Kejururawatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS telah mewakili university ke Intervarsity Nursing Games, yang dihoskan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan, anjuran Jemaah Kejururawatan IPTA.

 

Acara dwitahunan tersebut berlangsung pada 2 hingga 4 Ogos 2019 dan disertai oleh lapan buah universiti awam yang mengganggotai Jemaah Kejururawatan IPTA. Program ini adalah untuk menggalakkan bakal jururawat supaya berada dalam keadaan yang terbaik dari segi fizikal, mental dan rohani.

 

Atlet UNIMAS menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya menduduki tempat ke-4 dari keseluruhan lapan universiti yang bertanding apabila berjaya memperolehi satu emas melalui acara bola jaring dan tiga perak, masing-masing melalui acara ping-pong individu wanita, catur lelaki dan badminton lelaki. Walaupun dengan jumlah atlet yang jika dibandingkan setengah daripada universiti-universiti yang lain, namun UNIMAS mampu memberikan saingan yang sengit dalam setiap acara yang dimasuki.

 

Senarai pemenang pingat:

  1. Pasukan Bola Jaring – Pingat Emas
  2. Muhammad Muaz Redha bin Zainudin – Pingat Perak acara Catur Lelaki
  3. Mohammad Fahmie bin Junaidih – Pingat Perak acara Badminton Individu Lelaki
  4. Anisah binti Azman – Pingat Perak acara Ping Pong Individu Perempuan

 

Sepanjang pertandingan, atlet UNIMAS menunjukkan semangat kesukanan, persahabatan, berpasukan, dan kecekalan yang amat mengagumkan. Pihak Jabatan Kejururawatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan dan pencapaian yang telah mengharumkan nama jabatan, fakulti dan universiti.

 

 

Mohammed Rasheedan bin Ellin
Penasihat dan Pegawai Pengiring
Kontinjen Program Kejururawatan UNIMAS
Intervarsity Nursing Games 2019

 
Attachment(s):
 
 
Demo