Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM LATIHAN INDUSTRI PELATIH DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN DI MAKMAL HISTOPATOLOGI, FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIMAS.
Tuesday 23 July 2019
Hits : 1375
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2.jpg

Pada awal bulan ini, Jabatan Patologi telah menerima 10 orang pelajar, berserta dengan seorang pensyarah pengiring daripada Kolej ITA, Sibu untuk menjalankan penempatan Latihan Industri – Workshop on Histological Techniques (Tissue Processing) di Makmal Histopatologi. Kumpulan pelajar tersebut telah menjalankan sesi latihan selama 5 hari bermula 1 hingga 5 Julai 2019.

Objektif penempatan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang pemprosesan spesimen tisu manusia mengikut piawaian prosedur yang betul bagi menghasilkan slaid yang berkualiti, seterusnya membantu pakar patologi memberikan diagnosis yang tepat. Para pelajar diperkenalkan dengan beberapa peralatan makmal dan cara peralatan tersebut beroperasi.

Selain itu, para pelajar juga mendapat peluang untuk mencuba sendiri (hands-on) setiap teknik yang perlu dikuasai dalam memproses dan menghasilkan slaid bagi tujuan diagnostik. Program ini amat berguna dan penting kepada para pelajar dalam mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya tentang pengendalian dan pemprosesan spesimen tisu manusia.

Untuk makluman, program ini diadakan secara berterusan sepanjang tahun. Penyertaan ini adalah terbuka dan dialu-alukan kepada pelajar kolej, institusi pengajian tinggi dan pelajar pascasiswazah yang berkeperluan untuk mengaplikasikan kemahiran pengendalian dan pemprosesan spesimen tisu dalam penyelidikan. Yuran penyertaan yang ditawarkan adalah dengan kadar yang berpatutan dan program dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan yang berpengalaman di Makmal Histopatologi UNIMAS.

Laporan disediakan oleh Puan Herlina anak Patrick Kukut.

 

3

 

4

 

5

 

1

 
Attachment(s):
 
 
Demo