Events Calendar

Download as iCal file
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan FSKPM
Monday 27 May 2019, 08:00am
Hits : 367
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Mesyuarat JKKP FSKPM
Pada 24hb Mei 2019, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).  Pelaksanaan mesyuarat pertama ini adalah merupakan komitmen pihak pengurusan fakulti untuk meningkatkan budaya Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dikalangan warga FSKPM.  
Mesyuarat ini telah dijalankan dalam suasana yang proaktif; banyak isu dan cadangan penyelesaian telah diterima oleh mesyuarat, antaranya ialah cadangan pemindahan lokasi tempat bertugas staf atas faktor kesihatan kerana kekhuatiran terhadap kesan kulapok dan keterangan mangsa mengenai insiden ‘terperangkap dalam lif’ dan penerangan Ketua UKKP mengenai tindakan penambahbaikan peringkat Universiti terhadap keselamatan fizikal dan pengguna lif.  Pihak pengurusan KKP, FSKPM juga mencadangkan usaha-usaha pengukuhan peringkat fakulti bagi menyokong staf dan pelajar menghadapi dan menangani tekanan khususnya di tempat kerja.  Syabas kepada pihak JKKP, FSKPM.
 
 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo