Events Calendar

Download as iCal file
Penyerahan Sumbangan Ramadhan MASNITA 2019 kepada Pusat Tahfiz
Tuesday 21 May 2019, 08:00am
Hits : 2016
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
press_release2_004.jpg

press release2 001press release2 002

press release2 003press release2 005

 

Kuching, 18 Mei 2019 – Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan 2019 kepada Pusat Pengajian Tafaqquh dan Tahfiz Al-Makki yang bertempat di Semariang Pinggir dan Pondok Hidayatul Mubtadi’ien Wa Tahfidzul Quran, Kampung No. 6, Jalan Datuk Ajibah Abol, Satok, Kuching telah berlangsung dalam suasana penuh mesra dan muhibbah bertempat di Madrasah tersebut.

Sumbangan yang berupa wang tunai dan keperluan harian telah disampaikan oleh Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad diiringi bersama oleh Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi. Syukur Alhamdulillah, lawatan dan penyampaian sumbangan yang amat bermakna ini telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan menjadikan majlis sumbangan ini cukup bermakna dan meriah. Ini merupakan salah satu misi tahunan MASNITA untuk mendekati masyarakat dengan membawa seribu kebahgian dalam bentuk sumbangan yang disampaikan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Yang turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah ahli-ahli lain MASNITA bersama pasangan dan anak-anak sekeluarga yang turut sama menjayakan majlis tersebut. Semoga hasrat ini mendapat balasan seribu kebaikan kepada kita semua.

Aamiin Yarab'bal A'lamin

Pautan gambar di Facebook MASNITA UNIMAS: Klik Sini!

 
Attachment(s):
 
 
Demo