Events Calendar

Download as iCal file
Program Career Awareness “Explore 21st Century Career” Anjuran Pelajar Kohot 4 Program Sarjana Sains (Kaunseling) di Klinik Cure and Care (CNC) Kuching
Friday 10 May 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1802
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
CNC.jpg

KLINIK CURE AND CARE (CNC): 29 & 30 April 2019

Tujuan program ini adalah supaya penghuni dapat mengetahui tret personaliti, mengenali dan memilih kerjaya serta menilai tahap self-esteem dan skala resilien. Program ini telah dijalankan oleh pelajar Kohot 4 (Sesi Julai 2018/2019) Program Sarjana Sains (Kaunseling) yang diketuai oleh Siti Jauyah binti Janaree bersama dengan lima orang fasilitator yang juga terdiri daripada pelajar Kohot 4 iaitu Nur Alia Hilda binti Daken, Lee Chai Foong, Fadlin binti Junaidi, Ko Geok Sia dan Pui Poh Nyuk. Aktiviti yang dinamakan Program Career Awareness Explore 21st Century Career ini telah diadakan di Klinik Cure and Care (CNC) pada 29 & 30 April 2019 (Isnin & Selasa) dan diselia oleh Dr Fatahyah Yahya selaku Penyelia Akademik. Program ini turut disertai oleh 50 orang penghuni dan dibantu juga oleh kakitangan PUSPEN.

Sepanjang program ini, sebanyak enam modul aktiviti bimbingan yang digunakan dan satu slot ceramah kerjaya. Antara modul aktiviti bimbingan tersebut adalah Ice Breaking, Ujian Personaliti Sidek (IPS), Ujian Minat Kerjaya RIASEC, Ceramah Kerjaya, Ujian Self-Esteem dan skala Resilien. Hasil daripada modul bimbingan, sesi kaunseling kelompok telah diadakan sebanyak empat sesi dan dibahagikan kepada lima kelompok bagi membincangkan dengan lebih terperinci.  

Kesemua peserta telah menzahirkan maklumbalas positif terhadap penganjuran aktiviti ini yang berlangsung selama dua hari. Kebanyakan peserta menyatakan bahawa aktiviti telah mendatangkan impak yang amat positif kepada mereka terutama dalam mengenali personaliti diri dan kerjaya serta impak self-esteem dan daya tahan. Dalam ucapan Perasmian Penutup Program, Yang Berusaha Timbalan Pengarah PUSPEN, Puan Lily anak Munan menzahirkan perasaan gembira dan mengalu-alukan banyak lagi program seperti ini diadakan di pusat bagi bersama-sama membantu penghuni mengenal personaliti diri, menilai tahap self-esteem & skala resilien serta mendapatkan peluang kerjaya apabila mereka keluar dari pusat ini. Ekplorasi self-esteem dan skala resilien adalah penting didalam menilai siapa diri penghuni dan daya tahan apabila mereka keluar dari pusat ini supaya terus istiqomah untuk berubah dan menjadi insan yang lebih sempurna.

CNc2

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo