Events Calendar

Download as iCal file
Program Ekplorasi Diri Penentu Kerjaya untuk Pelajar Tahun Akhir Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber (FSTS) Anjuran Pelajar Kohot 4 Program Sarjana Sains (Kaunseling) di PITAS
Friday 10 May 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1714
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
10Mei_.jpg

Program Ekplorasi Diri Penentu Kerjaya untuk Pelajar Tahun Akhir Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber (FSTS)

Anjuran Pelajar Kohot 4 Program Sarjana Sains (Kaunseling)

di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin

 

Pusat Islam Tun Abang Salehuddin (PITAS), UNIMAS: 6 & 7 April 2019

 

Sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan selepas sahaja menamatkan pengajian di peringkat universiti, pelajar Kohort 4 (ambilan Sesi 2018/2019) program Sarjana Sains (Kaunseling), menjalankan satu aktiviti bimbingan dan menggunakan modul yang telah dirancang dan dilaksanakan yang telah diketuai oleh Saudari Khairunisa Shadan dan Saudari Nurazwa. Aktiviti yang dinamakan Program Ekplorasi Diri Penentu Kerjaya 2019 ini telah diadakan di PITAS, UNIMAS, Kota Samarahan pada 6 dan 7 April 2019 (Sabtu dan Ahad). Program ini turut disertai oleh 66 orang pelajar tahun akhir Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber (FSTS) dan dibimbing oleh 22 orang pelajar Kohort 4 Sarjana Sains Kaunseling dan 2 orang pelajar Sarjana Muda Kaunseling serta dipimpin oleh Encik Mohd Razali Bin Othman selaku Pensyarah bagi kursus KMC 6113 Perkembangan Kerjaya.

 

Sepanjang program ini, sebanyak lapan modul aktiviti bimbingan yang digunakan dan satu slot inspirasi. Antara modul aktiviti bimbingan tersebut adalah Ice Breaking, Ujian Personaliti Sidek (IPS), Ujian Minat Kerjaya-Minat Kerjaya RIASEC, Peluang Kerjaya, Slot Inspirasi, Ujian Self-Esteem, Kemahiran Komunikasi non-verbal, Star Vision Decision Making skills, Kemahiran Komunikasi Secara Verbal dan Super Change Decision Making Skills. Setiap modul yang dibina dan dilaksanakan telah dinilai oleh Encik Razali Othman.

 

Kesemua peserta telah menzahirkan maklumbalas positif terhadap penganjuran aktiviti ini yang berlangsung selama dua hari. Kebanyakan peserta menyatakan bahawa aktiviti seumpama ini julung kali mereka sertai dan telah mendatangkan impak yang amat bermanfaat kepada mereka. Peserta juga mencadangkan agar program seperti ini dianjurkan pada awal semester pengajian mereka. Dalam ucapan Perasmian Penutup Program, Yang Berbahagia Dekan Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber (FSTS) Profesor Madya Dr Ramlah binti Zainudin menzahirkan perasaan gembira dengan adanya program seperti ini sangat membantu pelajar selain mengenal personaliti diri namun mengetahui bahawa setiap pelajar mempunyai peluang yang jelas untuk memilih kerjaya yang diminati sesuai dengan minat dan personaliti diri.

 

10mei

 
Attachment(s):
 
 
Demo