Events Calendar

Download as iCal file
Diaspora Fusion cetusan idea kreatif pelajar
From Monday 06 May 2019 -  08:00am
To Tuesday 07 May 2019 - 05:00pm
Hits : 472
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
diaspora1.jpg

diaspora6diaspora3

diaspora4diaspora5

Kota Samarahan, 4 Mei 2019 - Acara peragaan fesyen ‘Diaspora Fusion’ yang telah dianjurkan oleh pelajar program Pengurusan Seni Tahun Satu dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS pada sabtu lepas telah mendapat sambutan hangat dari komuniti sekitar Kota Samarahan.

Peragaan fesyen tersebut merupakan kerjasama di antara pelajar program Tekstil dan Fesyen Tahun Satu dan Dua, Persatuan Mahasiswa Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Sesi 2018/2019 dan pelajar Fesyen dari Kolej Komuniti Kuching (KKK).

Tema ‘Diaspora Fusion’ membawa maksud ‘disperse’ atau ‘spread’ yakni dalam Bahasa Melayu ianya merujuk kepada sekumpulan masyarakat pelbagai bangsa atau etnik yang melakukan penyebaran dari satu tempat ke tempat yang lain.

Manakala ‘fusion’ pula bermaksud gabungan dua benda atau lebih daripada tradisi yang berbeza.

Tema ini bertepatan dengan hasrat IPT untuk membantu pelajar menonjolkan bakat, kreativiti dan inovasi mereka dalam rekaan fesyen yang unik dan sesuai dengan tema.

Antara yang hadir menyaksikan peragaan fesyen ini ialah Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS,Profesor Madya Dr.Musdi Bin Haji Shanat, Ketua Program Fesyen KKK, Encik Mohd Aliff Safuan bin Jamaluddin , Pensyarah FSGK UNIMAS, Encik Alexander Anak Chelum dan Encik Asrul Asshadi b. Mohamad Morni, Pensyarah KKK, Encik Mohamad Shukri bin Che Ya dan pelajar-pelajar UNIMAS dan KKK yang terlibat.

Dekan Profesor.Madya Dr Musdi berkata tema peragaan fesyen kali ini sangat unik dan klasik kerana masih ramai masyarakat hari ini kurang mendalami tentang fesyen yang akan diketengahkan ini.

“ Tema Diaspora Fushion ini juga membantu para pereka untuk memberi pendedahan yang meluas kepada umum melalui peragaan yang akan ditunjukkan sebentar nanti.

“ Usaha ini mungkin dapat menarik minat masyarakat tempatan bahkan masyarakat luar untuk mencuba mengenakan fesyen yang berkaitan tema Diaspora Fushion ini dalam kehidupan seharian,” katanya.

Sementara itu, objektif peragaan fesyen ini dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan kursus GKP1093 Pengurusan Acara Kesenian dalam usaha memastikan pelajar program Pengurusan Seni Tahun 1 dapat mengenalpasti perjalanan sebenar mengendalikan acara dalam skala sebenar.

Selain itu, ia membantu memantapkan minda pelajar untuk menjadi kreatif dan inovatif serta menjalinkan kerjasama dengan pelajar lain.

Antara aktiviti lain yang diadakan dalam acara tersebut ialah acara cabutan bertuah untuk masyarakat yang hadir.

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo