Events Calendar

Download as iCal file
BHEPA RAIH TEMPAT KE-3 PIALA PENDAFTAR UNIMAS 2019
Friday 03 May 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1262
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No3.JPG

2 Mei, Kota Samarahan (UNIMAS): Pasukan BHEPA telah berjaya membenamkan Pasukan Asset FC dengan jaringan 2-0 dalam aksi penentuan Tempat Ke-3 & Ke-4 Piala Pendaftar UNIMAS 2019 pada 2 Mei 2019 (Khamis) di Padang Bolasepak B, Komplek Sukan UNIMAS.

Bahang kemenangan menjadi Juara pada aksi Akhir Piala Pengerusi LPU UNIMAS pada Selasa (30 April 2019) yang lepas menjadi pembakar semangat untuk jentera Pasukan BHEPA berjuang merebut Tempat Ke-3 kejohanan kali ini.

Mohamad Afif Zulhusmi menjadi wira pasukan apabila berjaya meledakkan 2 gol dalam perlawanan kali ini. Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa pertama. Dengan kemenangan kali ini, Pasukan BHEPA telah berjaya merangkul Juara Piala Pengerusi LPU UNIMAS 2019 dan Tempat Ke-3 Piala Pendaftar UNIMAS 2019 pada tahun ini.

Syabas & Tahniah diucapkan kepada Pasukan BHEPA. Semoga kejayaan ini akan berterusan dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.

#JuaraPialaPengerusiLPUUNIMAS2019
#TempatKe-3PialaPendaftarUNIMAS2019
#PasukanBHEPA

 

Ikhlas daripada warga Pusat Sukan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo