Events Calendar

Download as iCal file
PASUKAN SHOAW A & PASUKAN UiTM SIMBA JUARAI KEJOHANAN RAGBI 7s TERBUKA UNIMAS 2019
Saturday 20 April 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1836
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
RagbiFinal.JPG

Kota Samarahan, 20 April 2019 : Pasukan SHAOW A telah membuktikan kehebatan mereka dalam sukan ragbi di Sarawak apabila berjaya menumpaskan pasukan lawan di peringkat akhir iaitu pasukan UTP Drillers dengan dengan kemenangan 21-10. Kejohanan yang telah berlangsung selama 2 hari mulai 19-20 April 2019 telah mendapat berjaya menarik penyertaan sebanyak 31 pasukan iaitu 24 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita.  Manakala di tempat ke-3 pula adalah pasukan WORC A yang telah menewaskan pasukan UNIMAS A dengan kemenangan 17-12. Hadiah telah disampaikan oleh En. Zambari Hj Baijuri, Timbalan Pengarah, Pusat Sukan UNIMAS.

Bagi kategori wanita pula , pasukan UiTM Simba telah melakarkan kemenangan 7-5 ke atas pasukan UPM Angels. Manakala di tempat ke-3 pula adalah pasukan UiTM Hunter menewaskan pasukan UNIMAS Ladies dengan kemenangan 29-7. Hadiah telah disampaikan oleh En. Yusuf Mohd Nor mewakili Sarawak Rugby Union (SRU).

Syabas & tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telahmenyertai kejohanna ini. Ribuan terim akasih juga diucapkan kepada pengadil-pengadil daripada Sarawak Rugby Union (SRU),Persatuan Ragbi Bahagian Kuching & Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSS).

Kejohanan ini turut diiktiraf oleh Malaysian Rugby Union (MRU) sebagai kejohanan ke-3 terbesar di Sarawak selepas Kejohanan Ragbi 10s & Kejohanan Ragbi 7s.

 
 
Attachment(s):
 
 
Demo