Events Calendar

Download as iCal file
Bengkel Transisi MS ISO/IEC 17025:2017
From Thursday 21 March 2019 -  08:00am
To Thursday 28 March 2019 - 12:00am
Hits : 1232
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
bengkel_makmal.jpg

KOTA SAMARAHAN, 21 Mac 2019 – Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC) telah menganjurkan Bengkel Transisi MS ISO/IEC 17025:2017 selama dua hari bermula 20 hingga 21 Mac 2019 bertempat di Bilik Multimedia, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS).

Bengkel adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan transisi dokumen dari versi 2005 ke versi baharu MS ISO/IEC 17025:2017.

Seramai 20 orang staf terdiri daripada staf sokongan teknikal, Pegawai Sains dan Pensyarah Fakulti Kejuruteraan (FK) serta staf daripada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) yang terlibat dalam Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) menyertai bengkel ini.
Penceramah bagi bengkel ini adalah Pn Rosnieh Eggat, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Akreditasi Jabatan Standard Malaysia.

 
Attachment(s):
 
 
Demo