Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Kerja UUMIT ke UNIMAS
Tuesday 05 March 2019, 08:00am
Hits : 273
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
uumit5.JPG

UUM Information Technology (UUMIT) telah mengadakan lawatan kerja teknikal ke Pusat Pembangunan Dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS), UNIMAS dari 14 hingga 15 Februari 2019.  Rombongan UUMIT ini diketuai oleh Pengarah UUMIT, En Kamaruddin Abdullah dan beberapa orang Pegawai Teknologi Maklumat.


Sepanjang lawatan kerja dua hari tersebut, perbincangan dan perkongsian maklumat berfokus kepada  aspek pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi berasaskan mobile dan kod QR, Sistem Kewangan, Sistem eHCM, Portal UNIMAS, Online Learning dan  iRIS.


Lawatan kerja ini telah dipengerusikan oleh Encik Harun Maksom, Pengarah CTDS. Beliau turut diiringi oleh beberapa orang Pegawai Teknologi Maklumat daripada CITDS dan CALM yang terlibat dengan pembentangan skop yang berkenaan.


Pihak UUMIT berpuas hati dengan sesi pembentangan dan perkongsian pengalaman yang memenuhi objektif lawatan kerja ini. En Kamaruddin Abdullah, mewakili pihak UUMIT mengucapkan terima kasih kepada CITDS kerana sudi menerima kunjungan mereka. Lawatan kerja ini telah diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati.

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo