Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS menganjurkan Bengkel Pembungkusan dan Pelabelan Produk bersama pengusaha tempatan di Lundu
Thursday 14 February 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 164
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pic9.png

Selasa & Rabu, 12 & 13 Februari 2019, 09:00am - 05:00pm

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) telah mengadakan Bengkel Pembungkusan dan Pelabelan Produk selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Februari 2019 bersama pengusaha tempatan produk makanan dan bukan makanan di Lundu. Bengkel selama dua hari ini diadakan di Pusat Internet Lundu. Seramai 20 orang peserta yang menghadiri Bengkel Pembungkusan dan Pelabelan Produk ini yang terdiri daripada pengusaha madu kelulut, jus jambu batu, makanan sejuk beku, biskut, telur masin, barangan kreatif, tekstil dan sebagainya. Kebanyakan pengusaha-pengusaha tempatan ini belum mempunyai pembungkusan dan pelabelan yang sesuai untuk dipasarkan ke peringkat global.

Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk membantu pengusaha tempatan menambahbaik produk dari segi pembungkusan dan pelabelan. Seramai tiga orang pereka (designer) daripada luar dijemput untuk memberikan tunjuk ajar kepada pengusaha supaya membina dan membangunkan label produk masing-masing. Kepentingan pembungkusan dan pelabelan produk ini adalah untuk memperkenalkan identiti korporat atau produk selain melindungi produk supaya selamat dan tidak rosak. Melalui label, maklumat produk seperti bahan-bahan, berat bersih, bilangan kandungan, cara menggunakan, logo halal dan sebagainya memberikan keyakinan dan kelebihan produk kepada pelanggan.

Dengan adanya bengkel seperti ini, pengusaha tempatan dapat meningkatkan kualiti produk mereka supaya bukan sahaja dapat dipasarkan di dalam negara malah ke peringkat global melalui pembungkusan dan pelabelan yang meyakinkan, menarik dan ekslusif. Bengkel ini dikendalikan hasil kerjasama daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) iaitu Dr Nadianatra Musa dan Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Prof. Dr Saiful Bahari bin Haji Mohd Yusoff dan pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Chua Hun Pin, Pegawai Penyelidik Prinsipal Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan (MARDI).

Rata-rata pengusaha tempatan yang menghadiri bengkel ini sangat berpuas hati kerana mereka telah mampu menghasilkan label produk mereka sendiri hasil bantuan tenaga pengajar daripada UNIMAS dan pereka (Designer). Sebelum ini, produk-produk mereka tidak mempunyai pembungkusan dan label yang sesuai untuk membolehkan produk mereka dipasarkan di kedai-kedai runcit dan supermarket. Setelah mengikuti bengkel ini, mereka dapat memperolehi ilmu daripada tenaga pengajar UNIMAS dan MARDI cara yang betul untuk memasarkan produk ke pringkat global. Malah, pengusaha-pengusaha tempatan sudah mula yakin untuk memasarkan produk mereka ke peringkat yang lebih baik. Pengusaha-pengusaha tempatan di Lundu berharap semoga bengkel seperti ini dapat dianjurkan lagi di kawasan mereka supaya dapat membantu mereka menambah baik produk-produk yang sedia ada agar setanding dengan produk antarabangsa.

pic1

Antara pengusaha yang berjaya menghasilkan label produk mereka sendiri hasil daripada bengkel pembungkusan dan pelabelan ini, pengusaha jus jambu batu, Chindang anak Menterang.

 

pic2

Pengusaha cornflakes madu, Puan Limot Saharan yang telah Berjaya menghasilkan label untuk produk beliau setelah mengikuti bengkel pembungkusan dan pelabelan ini

   

 

pic3 pic4

Contoh label untuk kacang sambal medes daripada pengusaha tempatan

 

pic5 pic6 pic7

Antara label-label produk yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan 

 

pic8 pic9

Sesi bergambar bersama pihak penganjur Bengkel Pembungkusan dan Pelabelan iaitu UNIMAS dan MARDI serta pengusaha tempatan Lundu

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo