Events Calendar

Download as iCal file
HEBAHAN PENAWARAN BIASISWA MYBRAINSC TAHUN 2019, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Thursday 31 January 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 609
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
 
PENAWARAN BIASISWA MYBRAINSC TAHUN 2019, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin /Tuan/Puan kepada perkara tersebut di atas.
 
2.         Seperti mana YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan penajaan Biasiswa MyBrainSc kepada warganegara Malaysia yang berkelayakanPenajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang berhasrat untuk mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen di peringkat Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa bagi Sesi Pengajian 2019/2020.
 
 
3.         Sehubungan itu, calon yang berminat dan berkelayakan berdasarkan kepada syarat-syarat permohonan dialu-alukan untuk memohon secara atas talian di pautan https://biasiswa.moe.gov.my. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan mengikuti panduan yang telah disediakan dan tiada sebarang dokumen perlu dihantar secara manual ke Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Tawaran ini akan dibuka untuk permohonan mulai 25 Januari 2019 jam 4.00 petang hingga 10 Februari 2019 jam 11.59 malam.
 
4.         Permohonan yang diterima selepas jam 11.59 malam pada 10 Februari 2019 tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan tawaran ini boleh dirujuk kepada Seksyen Penawaran, Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8888 1616 (9.00am–5.00pm waktu bekerja) atau melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo