Events Calendar

Download as iCal file
FSGK UNIMAS tandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Balai Seni Negara (National Art Gallery)
Wednesday 30 January 2019
Hits : 2139
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
mou NAG n UNIMAS1.jpg

mou

 

Kota Samarahan, 30 Januari 2019: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah tandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Balai Seni Negara hari ini.

 

Objektif perjanjian persefahaman (MoU) kali ini adalah sebagai ruang dan juga kerjasama antara pihak Universiti Malaysia Sarawak dan Balai Seni Negara bagi berkongsi pelbagai isu yang berkaitan dengan industri seni dan kreatif. Kandungan utama Perjanjian Persefahaman (MoU) ini termasuklah program-program latihan bersama, penyelidikan, perundingan, penerbitan, persidangan, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang ada penglibatan komuniti selainberkongsi pandangan, penemuan, dan penerokaan baru dalam aspek penyelidikan, pengurusan dan pemasaran seni melalui pameran dan juga penulisan ilmiah. Ia merupakan usaha berterusan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS yang memainkan peranan sebagai institusi pengajian tinggi bidang kesenian untuk memangkin penyelidikan ilmiah serta penerbitan yang berkualiti.

 

Antara agenda utama yang dipersetujui pada masa terdekat adalah pameran karya para pensyarah ataupun lebih dikenali sebagai Pameran eCITRA yang akan berlangsung di Balai Seni Lukis Negara Cawangan Langkawi pada 23 sehingga 31 Mac 2019. Pameran ini bertemakan ‘DigitalXCulture’ dimana lebih menjurus kepada penghasilan karya seni yang menggunakan gabungan teknologi digital dan juga media campur.

Balai Seni Negara menjadi pendukung utama kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif untuk beberapa tahun yang lepas untuk pameran eCITRA. Yakni, perjanjian persefahaman antara dua pihak ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan selain memupuk kerjasama yang lebih banyak antara FSGK dan Balai Seni Negara pada masa kelak.

 

Acara menandatangani MOU tersebut telah disempurnakan oleh   YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib bin Ahmad Dawa, Ketua Pengarah Balai Seni Negara dan YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suadi Naib Canselor UNIMAS. Turut hadir, YBhg Profesor Dr Fasihuddin bin Badruddin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr Musdi bin Hj Shanat, Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, serta tetamu-tetamu yang lain. Majlis diakhiri dengan lawatan ke Galeri Seni FSGK oleh para tetamu.

galeri fsgk1

 

Foto: Azlandy

 
Attachment(s):
 
 
Demo