Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS – LESTARIKAN KEM KEPIMPINAN MURID DI SK SEMENGGOK, PADAWAN
From Wednesday 30 January 2019 -  08:00am
To Friday 08 February 2019 - 05:00pm
Hits : 180
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kem Kepimpinan SK Semenggok.jpg

 

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

Anjuran Bersama

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Semenggok & Mahasiswa Kohot 3 dan Kohot 4 MSc (Kaunseling )

UNIMAS – LESTARIKAN KEM KEPIMPINAN MURID DI SK SEMENGGOK, PADAWAN

Padawan, 28 Jan 2018 – Kira-kira 80 orang murid termasuk guru dan mahasiswa Master Sains Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Kohot 3 dan 4 UNIMAS telah mengadakan Kem Kepimpinan Murid di SK Semenggok pada 25 hingga 27 Januari 2019 di SK Semenggok, Padawan yang lepas.

Program Kepimpinan Murid adalah sebahagian daripada khidmat komuniti dan latihan bagi Mahasiswa Sains Kaunseling sebagai pengisian cuti semester. Program ini juga telah diselia oleh En, Merikan Aren, Pensyarah Kanan FSKPM dengan pendekatan empat teras utama model kepimpinan murid yang perlu ditanam dalam diri murid untuk menjadi seorang pemimpin mendepani revolusi era 4.0. Antaranya adalah , komunikasi yang efektif, jati diri yang unggul , kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah serta berketrampilan untuk menjadi ‘role model’ kepada murid lain.

Seramai 10 orang mahasiswa yang telah terlibat secara lansung menjalani “Training of Trainer” pada 19 Januari 2019 yang lepas sebelum mengendalikan kem ini. Pengarah Kem Kepimpinan iaitu saudara Mohd. Shahrul Bin Kamaruddin berkata antara pengisian program yang diadakan sepanjang kem tersebut seperti, ice breaking, ekspresi diri, roda kehiduan, keyakinan diri, strategi kepimpinan, menempuhi halangan, dan juga malam kebudayaan.

Majlis perasmian penanguhan turut dihadiri oleh En. Esmail Bin Seli, Yang DiPertua PIBG SK Semenggok. Katanya dalam ucapan penangguhan dalam majlis perasmian, berharap agar program kepimpinan sebegini terus diadakan pada masa akan datang kerana ianya memberikan manfaat kepada murid sekolah tersebut. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua barisan fasilitator, pensyarah UNIMAS dan FSKPM serta juga guru-guru yang telah bertungkus lumus menjadikan kem kepimpinan ini menjadi realiti.

 

Laporan disediakan oleh:

Mohd. Shahrul Bin Kamaruddin (Kohot 4, MSc(Kaunseling))

Ketua Fasilitator Kem Kepimpinan Murid

SK Semenggok 2019

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo