Events Calendar

Download as iCal file
26 pelajar UNIMAS terima Biasiswa yayasan Sarawak Tun Taib
Monday 28 January 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 231
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
biasiswa3.jpg

biasiswa1

Kota Samarahan, 28 Januari 2019: Seramai 26 pelajar UNIMAS yang terdiri daripada 2 pelajar PhD, 3 pelajar sarjana dan 21 pelajar sarjana muda ialah antara 87 penerima Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib. Penyerahan biasiswa ini telah disempurnakan oleh Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud yang juga merupakan Canselor UNIMAS. Majlis penyerahan telah diadakan di Dewan Besar Astana Negeri Jumaat lepas (25 Jan 2019).

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Behormat Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Dalam ucapan Ketua Menteri, jumlah biasiswa untuk tahun ini telah meningkat jika di bandingkan dengan tahun lepas. Ini kerana kerajaan negeri ingin mewujudkan lebih ramai golongan intelek dalam bidang kepakaran tertentu supaya dapat membantu pembangunan ekonomi kerajaan negeri.

Selain itu dalam amanat TYT Tun Abdul Taib Mahmud, bantuan ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat khususnya dari luar bandar dalam memperkembangkan pendidikan anak Sarawak seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak.

Turut hadir ialah Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, dif-dif kehormat lain dan juga Naib Canselor UNIMAS YBhg Datuk Mohamad Kadim bin Suaidi.

Pelajar UNIMAS yang menerima biasiswa tersebut ialah :

Dayana Binti Saiful Ikhwan (PhD)
Muhammad Norhelmi Bin Ahmad (PhD)

Abang Mohd Arif Anaqi Bin Abang Isa (Sarjana)
Benny Lawrence Anak Senawi (Sarjana)
Anisa Grace Robert Galang (Sarjana)

Sarjana Muda
Aina Syakirah Binti Mohammad Hussin
Ashley Laja Anak Alexander
Farah Farhana Binti Mohd Mortadza
Farid Hamizan Bin Roslan
Geraldine Rachel Cornelius
Helwin Marshall Anak Edwin
Justina Luisa Anak Janis
Mohamad Hafis Maulad Sedi
Mohd Norhiesham Bin Shamsul
Mohd Rizzwan Bin Minggu
Muhammad Aiman Bin Muhammad Izzam
Nelly Booa Semuel
Nicodemus Rafeal Anak Biat
Nur Hazwani Binti Lau
Nurizzati Asyikin Binti Bohari
Oliviana Anak Richard
Ryan Adler Tan
Fanssy Constance Anak Dawat
Gilbert Bidu Anak Mabong
Joviancal Aren Juk
Siti Humairah Binti Shabri

biasiswa3

Artikel: archristina

Foto: Azlandy

 

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo