Events Calendar

Download as iCal file
Empat puluh pelajar UNIMAS terima biasiswa Yayasan Sarawak
Thursday 13 December 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3257
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Yayasan3.JPG

Yayasan1Yayasan2

KUCHING, 13 Disember 2018 : Empat puluh pelajar tahun pertama dalam program perubatan di UNIMAS telah menerima biasiswa dari Yayasan Sarawak untuk kegunaan melanjutkan pelajaran selama lima tahun di Universiti ini.

Majlis penyerahan biasiswa program perubatan dari Yayasan Sarawak berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Johari Tun Datuk Abang Haji Openg di Atrium Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kelmarin.

Jumlah pelajar UNIMAS yang telah menerima biasiswa yang sama setakat ini adalah seramai 80 pelajar - iaitu termasuk jumlah penerima yang sama iaitu 40 pelajar pada tahun lepas.

Menurut Ketua Menteri, pemberian biasiswa berkenaan sejajar dengan inisiatif Kerajaan Negeri untuk melahirkan doktor terlatih di Sarawak dalam masa 10 tahun akan datang.

“ Ini bermakna, dalam masa 10 tahun kelak, Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Yayasan Sarawak akan membelanjakan RM100 juta dalam bentuk biasiswa untuk 200 pelajar tahun pertama bidang perubatan di UNIMAS.

" Saya menasihati pelajar yang menerima biasiswa ini supaya menggunakannya sebaik mungkin biasiswa ini dan apabila berjaya kelak, sumbangkan bakti anda kembali kepada rakyat yang memerlukan,” katanya lagi.

Sementara itu , Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang dalam ucapan ringkasnya berkata jumlah penerima biasiswa tersebut adalah daripada 78 orang pelajar yang berjaya diterima mengikuti program perubatan di UNIMAS bagi sesi 2018/2019.

Beliau berkata, Yayasan Sarawak akan membuat pertimbangan untuk membantu baki pelajar program ini untuk mendapat biasiswa sama.

 
Attachment(s):
 
 
Demo