Events Calendar

Download as iCal file
Program Sunathon UNIMAS (SK Tabuan Hilir) Anjuran Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
Monday 03 December 2018
Hits : 70
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

Program Sunathon UNIMAS (SK Tabuan Hilir) Anjuran Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

 

Pada 1 Disember 2018, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai untuk pelajar SK Tabuan Hilir. Ini adalah acara majlis berkhatan kedua dalam tahun 2018 melibatkan pelajar SK Tabuan Hilir di UNIMAS. Acara pertama diadakan pada 17 Mac 2018.

Tujuan program ini dijalankan adalah bagi meringankan beban keluarga pelajar yang kurang berkemampuan di samping memupuk kerjasama dan jalinan di antara UNIMAS, pihak sekolah dan masyarakat setempat. Sebelum majlis berkhatan dimulakan, para pelajar ditemani ahli keluarga dan guru-guru sekolah dibawa melawat Muzium Anatomi yang dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan daripada Jabatan Patologi. Seramai 10 orang pelajar telah dikhatankan oleh pakar bedah daripada Jabatan Surgeri bersama sama tenaga jururawat dan penolong pegawai perubatan daripada pelbagai jabatan di FPSK.

Projek ini adalah kerjasama di antara sukarelawan (yang terdiri daripada staf, pensyarah dan pelajar perubatan) FPSK dan SK Tabuan Hilir.

 

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo