Events Calendar

Download as iCal file
KOLEJ SAKURA BUKTIKAN KEHEBATAN
From Monday 03 December 2018 -  08:00am
To Monday 31 December 2018 - 05:00pm
Hits : 118
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_0225 1.jpg

Pada 1 dan 2 Disember 2018 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Antara Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS 2018 bertempat di Stadium UNIMAS. Sebanyak lapan kontinjen menyertai kejohanan edisi yang ke-7 ini iaitu Kolej Allamanda, Kolej Bunga Raya, Kolej Cempaka, Kolej Kasturi, Kolej Kenanga, Kolej Rafflesia, Kolej Sakura, dan Kolej Tun Ahmad Zaidi.

Kolej Sakura membuktikan keunggulan mereka apabila muncul Juara Keseluruhan menewaskan kolej-kolej yang lain dengan pungutan pingat sebanyak 7 Emas, 5 Perak dan 5 Gangsa. Tempat kedua keseluruhan pula dimenangi oleh Kolej Kenanga (6 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa) meninggalkan Kolej Bunga Raya di tempat ketiga yang membawa pulang 5 Emas, 5 Perak dan 8 Gangsa.

Johan Kategori Wanita pula dimenangi oleh Kolej Bunga Raya dengan 3 Emas dan 4 Gangsa manakala Johan Kategori Lelaki pula dimenangi oleh Kolej Sakura dengan 5 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa untuk menewaskan pencabar-pencabar yang lain.

Didinadira Charles Fung daripada Kolej Cempaka membuktikan kehebatan beliau apabila dinobatkan sebagai Olahragawati kejohanan setelah memperolehi dua pingat emas dan satu perak. Pingat emas pertama beliau diperolehi menerusi acara 100m yang telah berlangsung di sebelah petang hari pertama kejohanan. Dalam acara ini, beliau turut memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 13.4 saat mengatasi rekod lama 13.73 saat. Satu lagi pingat emas beliau diperolehi menerusi acara 200m manakala pingat perak diperolehi menerusi acara 4x100m.

Bagi kategori lelaki pula, Rowland Empading Jawan daripada Kolej Sakura telah dianugerahkan sebagai Olahragawan kejohanan selepas memperolehi pingat emas dalam dua acara iaitu acara 5000m dan 1500m. Beliau berjaya mencatatkan rekod baru kejohanan bagi acara 5000m dengan catatan masa 19 minit 48 saat.

Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg Prof. Madya Dr. Azhaili Baharun, Pengarah Pusat Sukan UNIMAS dan beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah menyertai kejohanan pada edisi ini. Menang kalah adat pertandingan, apa yang penting kesemua atlet telah memberikan yang terbaik untuk diri dan juga kolej kediaman mereka di dalam kejohanan ini. Diharapkan semua atlet yang terlibat akan terus berlatih untuk menjadi individu yang terbaik bukan hanya di dalam bidang sukan, malahan dalam pelajaran dan juga di dalam kehidupan sebagai seorang insan.

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo