Events Calendar

Download as iCal file
STEM Expo & Seminar ; A Day In Science 2018
Thursday 15 November 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1665
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
stem Expo.JPG

Kuching, 8 November 2018: Lodge National Secondary School mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan STEM Expo & Seminar yang bertajuk A Day In Science 2018. Program dijayakan dengan kerjasama Bahagian Keterlibatan Industri dan Transformasi Komuniti (UNIMAS ENGAGE) dan Lodge School Negeri Sarawak dan berjaya menarik penyertaan 25 buah sekolah dan 300 pelajar di sekitar Kuching dan Serian. Majlis dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr Al-Khalid Haji Othman yang merupakan Timbalan Ketua Saintis di Sarawak Multimedia Authority (SMA). Di samping itu beliau turut menyampaikan ceramah kepada para pelajar yang hadir ke program ini. Turut hadir untuk menyampaikan ceramah ialah Profesor Madya Dr Ramlah Zainuddin mengenai A Talk On Google Classroom for Teachers. Program berimpak tinggi ini juga telah berjaya menampilkan 36 penyertaan pameran daripada pelbagai fakulti daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Antaranya ialah Fakulti Kejuruteraan (STEM TEAM dan ROBOTIC TEAM), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Pra-Universiti. Selain ekspo dan seminar kemahiran STEM, program ini turut menganjurkan Pertandingan STEM QUIZ dan Solar Car Design & Build. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi pertandingan kategori sekolah menengah telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High, diikuti oleh Sekolah Menengah Lodge dan Kolej DPAH Abdillah. Manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh Lodge National Primary School, diikuti oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 6 dan Sekolah Kebangsaan St. Teresa. 

stem Expo

 

stem expo 2

 
Attachment(s):
 
 
Demo