Events Calendar

Download as iCal file
Institut Pengajian Borneo UNIMAS diharap dapat menjadi pusat rujukan dunia
Friday 21 September 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1655
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IBS1.JPG

IBS2IBS3

IBS4IBS5

KOTA SAMARAHAN, 21 September 2018 : Institut Pengajian Borneo UNIMAS yang ditubuhkan pada tahun 1997, diharap dapat menjadi pusat rujukan kepada dunia bagi pengumpulan warisan-warisan, sejarah-sejarah dan khazanah-khazanah di rantau Borneo ini.

Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata ini kerana Universiti ini percaya, maklumat berkaitan rantau Borneo ini harus dilindungi untuk dijadikan rujukan kepada generasi muda pada masa akan datang.

“ Sarawak yang berada dalam rantau Borneo sememangnya mempunyai kekayaan yang pelbagai bukan sahaja dari segi flora dan fauna, malah kekayaan etnik, budaya, sejarah dan sebagainya yang tidak terdapat di tempat lain.

“ Kita amat berharap supaya Institut Pengajian Borneo UNIMAS terus berusaha untuk menjadi salah satu pusat rujukan di dunia terutama berkaitan rantau Borneo dan menjadi autoriti kepada keperluan maklumat berkaitan Borneo di seluruh dunia,” katanya sambil meluahkan rasa bangga dengan pencapaian institut berkenaan setakat ini.


Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Hari Rumah Terbuka Institut Pengajian Borneo UNIMAS pada petang kelmarin.

Dalam ucapan, beliau memberitahu, pihak UNIMAS akan terus memberi sokongan kepada institut berkenaan dalam menjayakan usaha untuk mengetengahkan institut itu sebagai pusat rujukan dunia.


Sementara itu, Hari Rumah Terbuka Institut Pengajian Borneo UNIMAS telah diadakan selama dua hari bermula 19 hingga 20 September lepas bertujuan untuk menyediakan peluang kepada para penyelidik dan orang ramai tentang aktiviti inovatif di UNIMAS.

Program ini turut menyediakan akses fasiliti yang ada di UNIMAS dan menawarkan prospek untuk aktiviti kerjasama berkaitan akademi, industri, kerajaan dan masyarakat.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pameran mengenai Kerusi Dayak, Kerusi Nusantara, Kerusi Tun Taib, Kerusi Sino-Borneo, pameran dari Bahagian-bahagian di UNIMAS, Pustaka Negeri Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Jabatan Statistik Malaysia, Sarawak, kuiz untuk kanak-kanak dan sebagainya.

Institut Pengajian Borneo dahulunya dikenali sebagai Institut Pengajian Asia Timur (IEAS) dan ditubuhkan pada 1 Mac 1997 sebagai berperanan untuk mempromosikan penyelidikan dalam semua bidang yang berkaitan dalam memastikan pemahaman yang lebih mendalam dan holistik tentang dinamik sosio-politik rantau Asia Timur dalam konteks global dengan mengambil kira aspek sosial, budaya, agama, sejarah dan ketamadunan .

Tumpuan penyelidikan di institut ini ialah di Kepulauan Borneo dan Malaysia dalam konteks rantau di Asia Tenggara dan Asia Timur yang mengalami perubahan drastik akibat pembangunan ekonomi dan globalisasi yang belum pernah terjadi sebelumnya.

 
Attachment(s):
 
 
Demo