Events Calendar

Download as iCal file
Program Cinta Ilmu 2018
Wednesday 12 September 2018
Hits : 1645
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jom_Baca_10_minit_2018.jpg

CAIS dengan kerjasama UNIMAS Publisher sekali lagi telah berkolaborasi dalam Program Cinta Ilmu 2018. Ia bagi meraikan sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia. Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu 24-25 April 2018. Acara perasmian pada kali ini diserikan dengan gimik perasmian dan pelancaran buku baharu dari UNIMAS Publisher, persembahan bercerita daripada anak-anak Sedidik Perdana dan Bicara Buku oleh penulis UNIMAS disamping bacaan serentak seluruh negara dalam aktiviti Jom Baca 10 Minit. CAIS juga telah menyerahkan sumbangan bahan bacaan kepada 3 buah sekolah yang terpilih iaitu SMK(A) Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), SK Semada Serian dan SK Kpg Baru Kota Samarahan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat kita khasnya pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan dalam sesuatu perkara. Kita sering mendengar ungkapan “Membaca adalah nafas hidup dan Jambatan Ilmu”. Melalui pembacaan, masyarakat menjadi lebih berilmu dan dapat memantapkan kemahiran yang sedia ada. Melalui sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia ini diharap akan menjadi pemangkin dan pencetus budaya membaca melalui aktiviti-aktiviti promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan pembukuan serta perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

 
Attachment(s):
 
 
Demo