Events Calendar

Download as iCal file
MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS (SO) PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-5
Tuesday 21 August 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1273
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_0467 (Large).JPG

Kejohanan Special Olympics Peringkat Negeri Sarawak kali yang ke-5 akhirnya telah melabuhkan tirainya pada 20 Ogos 2018 dengan SO Bahagian Kuching dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak...

Terdapat lima acara sukan yang telah dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu tenpin boling, renang, olahraga, bocce dan bolasepak...

YB Dato Sri telah berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir acara bolasepak kategori Special Olympics yang menyaksikan SO Kuching B yang diwakili oleh PDK Samarahan menjadi juara apabila menewaskan SO Kuching A yang diwakili oleh SMK Asajaya menerusi sepakan penalti dengan jaringan 3-1...

Acara dwi tahunan ini menyaksikan tiga kontinjen mengambil bahagian iaitu SO Kuching selaku tuan rumah, SO Sibu dan juga SO Miri...Dua tahun akan datang giliran Sibu pula akan menjadi tuan rumah...

Terima kasih kerana kepercayaan yang telah diberikan kepada pihak Pusat Sukan Unimas untuk sama-sama membantu penganjuran pada kali ini dan tahniah kepada semua pemenang dan semoga bertemu lagi dua tahun yang akan datang di Sibu...

 
Attachment(s):
 
 
Demo