Events Calendar

Download as iCal file
Golongan Pentadbir UA tulang belakang Universiti
Monday 20 August 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3151
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
UA1.jpg

UA2

KOTA SAMARAHAN, 20 Ogos 2018 : Kumpulan pentadbir di Universiti Awam (UA) merupakan tulang belakang dalam setiap portfolio utama Universiti, kata Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi pada majlis perasmian sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam (HPUA), pagi tadi.

Beliau berkata, malahan, peranan pentabdir di UA menjadi lebih penting terutama dalam era IR 4.0 masa kini.

“ Pegawai Penyelidik sebagai contoh sering menjadi tulang belakang membantu barisan pakar dan penyelidik Universiti menghasilkan penemuan dan inovasi baharu. Sumbangan ini mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada kerajaan dan antarabangsa,” katanya lagi.

Menurut Naib Canselor, pengiktirafan ini sekaligus meningkatkan tahap sumbangan pentadbir dari skim pegawai penyelidik ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau menjelaskan sejak tahun 2007, Universiti Penyelidikan di negara ini telah menyumbang lebih RM7bilion kepada ekonomi negara menerusi usaha penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi yang mewakili pulangan 55.3 peratus dalam pelaburan penyelidikan dengan bantuan awal kerajaan.

Beliau memberitahu, golongan pentadbir dalam aspek akademik dan antarabangsa juga memainkan peranan sebagai fasilitator dan pemudah cara dalam memastikan pegawai akademik dapat memfokuskan kepada sesi pengajaran dalam suasana kondusif dan harmoni.

Sementara itu, HPUA kali ini merupakan yang kedua diadakan di mana kali ini, UNIMAS menerusi Persatuan Pengurus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (PPU) telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah.

Seramai 150 orang peserta terdiri dari golongan pentadbir di UA telah menyertai HPUA selama tiga hari dengan tema kali ini ialah ‘Kepimpinan Terunggul: Kotemporari dan Berpandangan Jauh’.

Objektif HPUA ini adalah sebagai landasan untuk menghimpun dan mengiktiraf para pentadbir di UA sebagai simbolik bagi perpaduan antara staf pentadbiran di UA.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya ‘Scavenger Hunt’ yang akan berlangsung di sekitar Tebingan Sungai Kuching,Jalan Carpenter,Jalan India dan bangunan mahkamah lama.

Manakala hari kedua diadakan forum bertajuk ‘Pendidikan Tinggi Dalam Era Revolusi Perindustrian (IR4.0)’ dengan barisan panel terdiri daripada Pengarah AKEPT, YBhg Datuk Prof Dr Rohana binti Yusof, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS, Profesor Madya Dr Johari bin Abdullah dan Pengarah Bahagian Kerterlibatan Industri dan Komuniti UNIMAS, Puan Noraziah Abdul Wahab.

Manakala barisan panel untuk sesi kedua forum yang bertajuk ‘Modal Insan & Pendidikan Tinggi: Paradigma Abad ke 21’ terdiri daripada Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, Timbalan Ketua Saintis dan Ketua Penasihat kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Profesor Ir Dr Al-Khalid Othman dan Pendaftar Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkap Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam Malaysia, Puan Azida Azmi.

Konvensyen ini turut mengadakan ‘coffee talk’ iaitu sesi perkongsian amalan terbaik universiti, pertandingan poster, CSR dan pameran.

Turut diadakan ialah majlis perasmian dan menandatangani replika buku penerbitan MASTI siri kedua yang mencatat rekod baharu dari segi jumlah artikel dan bilangan penulis iaitu 21 artikel dengan jumlah penulis seramai 83 orang.

Kemuncak perasmian HPUA 2018 dan penerbitan MASTI siri kedua itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie.

Dalam Majlis Anugerah Gemilang MASTI yang diadakan pada malam tadi turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada para pemenang oleh Presiden MASTI, Encik Azri bin Hohad. Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut: 

Anugerah Kepimpinan Perdana MASTI –Encik Ahmad Janatul Firdaus Bin Datuk Dr Hj Zolkarnaini @ Dzulkarnain dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Anugerah Pentadbiran Terbilang – Dr Hj Razali Bin Othman dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Anugerah Pentadbir Harapan – Encik Mohd Hairul Nazreen Bin Jamil dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Anugerah Pentadbir (Kreativiti & Inovasi) – Puan Siti Ima Munirah Binti Ahmad (UPM).

Anugerah Pentadbir (Khidmat Komuniti)- Encik Md Kail @ Ikhwan Bin Md Nor dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Anugerah Pentadbir (Penyelidikan)-Dr Chen Chee Dhang dari Universiti Malaya (UM).

Anugerah Pentadbir (Penulisan) - Encik Mohd Sohaimi Bin Abdullah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Anugerah Program Terbaik – Program Pemukiman dan Kepimpinan Lestari MASTI 2017 (PERENTAS) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Anugerah Persatuan Pentadbir Terbaik :

Emas - PRESTASI UPSI  

Perak - PERTADI UKM

Gangsa – Pengurus UNIMAS (PPU)

Anugerah Pameran Terbaik :

Emas - PERTISA (Universiti Malaysia Kelantan)

Perak - PRAKTIS (Universiti Teknikal Melaka)

Gangsa - PPTI (Universiti Malaysia Pahang)

Anugerah Khas MASTI

i.  Dr Hj Razali Bin Othman

ii. Tuan Haji Mohamad Najib Bin Mohamed.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo