Events Calendar

Download as iCal file
Program Kesihatan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan dan JKKK Kampung Mongkos dan Muara Mongkos
Friday 17 August 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2998
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FB_IMG_1534422285916.jpg

10 - 11 Ogos 2018 yang lalu, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UNIMAS telah mengadakan Program Kesihatan Komuniti di Kampung Mongkos dan Muara Mongkos.

Antara lain, program ini bertujuan untuk membuat saringan bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan untuk masyarakat setempat, serta meningkatkan jalinan kerjasama bersama organisasi bukan kerajaan, dan rakan rakan industri dalam pendidikan dan pengajaran bidang perubatan. Program seperti ini juga dapat merapatkan silaturahim warga Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS kepada masyarakat setempat dan memperkenalkan perkhidmatan perubatan yang sedia ada di FPSK. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada warga staf dan pelajar UNIMAS untuk turut serta dalam program berbentuk kebajikan dan dalam masyarakat.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah saringan kesihatan umum (ENT, Pelvic ultrasound, Ceramah berkenaan TB, Substance abuse, Counselling and Approaches, dan Kanser Kulit.

Selain itu, aktiviti interaktif / practical skills termasuklah:

  • CPR & First Aids
  • Gloving & Gowning/Suturing
  • Sports Injury
  • Elderly care
  • Smoking
  • Hand-washing

Seramai lebih kurang 200 orang penduduk kampung di sekitar Kampung Mongkos dan Muara Mongkos menghadiri program ini. Rata-rata masyarakat amat menanti kedatangan doktor-doktor pakar dan kakitangan perubatan dari UNIMAS. Ketua Kampung Muara Mongkos, KK Ameng Ak Poul amat berterima kasih kepada UNIMAS kerana mengadakan program sebegini secara percuma untuk memberi pendedahan mengenai penjagaan kesihatan di Kampung Muara Mongkos. Di samping itu, penyerahan sumbangan kepada Masjid Miftahul Jannah, Kampung Muara Mongkos telah disempurnakan oleh Penyelaras Program, Prof Dr Mohammad Zulkarnaen Ahmad Narihan, Timbalan Dekan (Pembangunan dan Perkhidmatan Klinikal) FPSK, UNIMAS.

Program kesihatan di Kampung Mongkos telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS, Prof Dr Hj Ahmad Hata Rasit. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Kampung Mongkos, En. Wilson Tamin Ak Sukit.

Doktor pakar yang menyertai program ini adalah pakar bedah otak, pakar jantung, pakar patologi, pakar bedah plastik, pakar ENT, pakar sakit puan dan pakar rehabilitasi.

Hasil daripada program ini, sebanyak 92 orang telah mengikuti saringan ENT dan lima orang (5) dikenalpasti memerlukan rawatan susulan di Klinik Pakar ENT dan seorang memerlukan biopsy. Untuk saringan pelvic ultrasound pula, 92 orang penduduk kampung telah mendapatkan perkhidmatan tersebut. Selain itu, UNIMAS turut melakukan saringan kesihatan untuk penjagaan warga tua (Elderly Physiotherapy Session) dan seramai 34 orang warga tua menyertai sesi tersebut.

Turut sama menjayakan program kesihatan ini adalah Timbalan Dekan FSKPM, Dr Amalia Madihi, Sarawak ENT Society, dan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Serian (AADK).

** Foto aktivit-aktiviti di Kampung Mongkos dan Muara Mongkos di https://www.flickr.com/photos/unimasimage/albums/72157700079612965/page1.

 
Attachment(s):
 
 
Demo