Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Kerja UMP ke CITDS
Wednesday 15 August 2018
Hits : 400
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pusat Pembangunan Dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS), UNIMAS telah menerima kunjungan dan lawatan kerja daripada Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 10 Ogos 2018. Seramai empat (4) orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada beberapa orang Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat,  Pusat Teknologi Maklumat, UMP.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu dan kepakaran CITDS UNIMAS dalam aspek pembangunan sistem aplikasi berasaskan mobile dan kod QR.
Lawatan kerja ini telah dipengerusikan oleh Encik Harun Maksom, Pengarah CTDS. Beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai CITDS yang membentangkan mengenai Mobile apps dan QR Code .
Pihak UMP berpuas hati dengan sesi pembentangan dan perkongsian pengalaman yang memenuhi objektif lawatan kerja ini. En Sabri bin Ahmad, mewakili pihak Pusat Teknologi Maklumat, UMP mengucapkan terima kasih kepada CITDS kerana sudi menerima kunjungan mereka. Lawatan kerja ini telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati.Lawatan Kerja UMP ke CITDS 10082018

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo